• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini Catat Rekod Baharu 2024 dengan Jualan, Hasil dan Penghantaran Tertinggi

Lamborghini Catat Rekod Baharu 2024 dengan Jualan, Hasil dan Penghantaran Tertinggi

March 21, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA Januari lalu, PanduLaju melaporkan kejayaan Lamborghini membuat serahan lebih 10,600 unit kenderaan pada 2024, naik 6 peratus berbanding 2023.

Walaupun lebih banyak, adakah diterjemah kepada keuntungan lebih tinggi? Jualan atau serahan lebih tidak semestinya menjadikan sesebuah syarikat lebih untung kerana ada faktor lain seperti diskaun jualan, kos dan sebagainya.

Dari segi pendapatan, Lamborghini mencapai hasil (revenue) tertinggi dalam sejarah, mencecah €3.09 bilion (RM14.83 bilion) pada 2024, meningkat 16.2 peratus berbanding 2023. Ini menandakan lonjakan besar dalam prestasi kewangan syarikat.

Keuntungan operasi juga seiring, meningkat , 15.5 peratus kepada €835 juta (RM4.0 bilion) dengan mengekalkan margin operasi pada kadar 27 peratus. Ini mengukuhkan kedudukan Lamborghini sebagai antara jenama mewah paling menguntungkan di dunia.

Lamborghini mencatatkan rekod penghantaran tertinggi dengan 10,687 unit pada 2024, melepasi ambang 10,000 unit untuk tahun kedua berturut-turut.

Ketiga-tiga rantau utama, iaitu Amerika, EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika), dan APAC (Asia Pasifik) menunjukkan pertumbuhan positif, yang membuktikan kekuatan global Lamborghini.

Pencapaian itu dicapai di sebalik situasi mencabar pasaran automotif.

Dalam tempoh 18 bulan, Lamborghini memperkenalkan tiga model baharu yang mencerminkan transformasi besar dalam portfolio produk.

Pelancaran Model Baharu:

  • Revuelto (kuning): Supercar V12 HPEV pertama Lamborghini yang menggabungkan enjin V12 ikonik dengan tiga motor elektrik.
  • Urus SE (merah): Kenderaan utiliti sukan (SUV) super dengan teknologi, rekabentuk, dan kecekapan dipertingkat.
  • Temerario (hijau): Model dengan enjin serba baharu yang mengekalkan DNA pemanduan agresif Lamborghini.

Lamborghini melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), meneroka bahan generasi baharu, aerodinamik, dan proses pembuatan canggih untuk meningkatkan prestasi, keberkesanan, dan kelestarian.

Setiap model Lamborghini direka untuk memberikan pengalaman unik dengan tahap penyesuaian tinggi, rekabentuk ikonik, dan ketukangan berkualiti tinggi yang menjadikan jenama itu kekal eksklusif serta bernilai tinggi dalam jangka masa panjang.

Sebagai jenama utama dalam industri automotif Itali, Lamborghini bukan saja mengekalkan semua operasi di Sant’Agata Bolognese, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan inovasi negara.

Dengan pelan pelaburan terbesar dalam sejarah syarikat, Lamborghini menambah 1,000 pekerja dalam tempoh dua tahun, sekali gus meningkatkan tenaga kerja langsung sebanyak 30 peratus.

Lamborghini Urus SE
Automobili Lamborghini Financial Results 2024
Lamborghini Temerario 2025
Lamborgjini Revuelto 2025
Paolo Poma, Managing Director and CFO of Automobili Lamborghini
Stephan Winkelmann, Chairman and CEO of Automobili Lamborghini 2025
Automobili Lamborghini

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Automobili Lamborghini, Lamborghini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev