HONDA Malaysia sekali lagi mencatatkan sejarah. Nampaknya, setiap kali pelancaran model baharu atau facelift, ada sahaja pencapaian direkodkan.
Kali ini Honda Jazz petrol pula. Menurut Honda, dalam masa dua minggu selepas pelancaran, Honda Malaysia sudah menerima 1,300 tempahan bagi model itu. Mengikut perancangan awal, Honda Malaysia cuma menetapkan jualan 1,200 unit dalam masa sebulan.
Berikutan sambutan hangat ini, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa tempoh menunggu ialah sebulan bagi sebarang pembelian Jazz petrol dan Sports Hybrid.
Berikut Trivia Penting Mengenai Honda Jazz Petrol:
- Dilancarkan pada 6 Jun 2017.
- Terima 1,300 tempahan hanya selepas dua minggu pelancaran,
- Sasar jualan sebanyak 1200 unit sebulan.
- Varian E paling laris - 40 peratus.
- Varian V kedua laris - 32 peratus.
- Varian S ketiga lari - 28 peratus.
- Tempahan paling banyak dari Lembah Kelang - 42 peratus.
- Kedua terbanyak dari Selatan - 21 peratus.
- Ketiga terbanyak dari Utara - 18 peratus.
- Pantai Timur dan Timur Malaysia - 13 peratus dan 6 peratus.
- Warna paling digemari - Modern Steel Metallic (kelabu).
- Pembeli terdiri daripada - eksekutif muda, bertukar kereta dan pembeli kereta kedua.
JAZZ HYBRID
Sementara itu, pelanggan boleh memandu uji Honda Jazz Hybrid bermula minggu ketiga, Julai hadapan. Jazz Hybrid mendapat sambutan hangat di Jepun dengan jualan melebih 660,000 unit dan kini menjadi kenderaan hibrid terlaris di Negara Matahari Terbit itu.
Menariknya, Malaysia ialah pasaran kedua selepas Jepun bagi Jazz Hybrid. Model ini, menurut Honda, sudah diuji selama dua tahun dan sejauh 7,000km oleh pasukan kajian dan penyelidikan (R&D) Honda Jepun yang terbang ke sini sebelum dipasarkan.
Jadi, pelbagai talaan semua sudah dibuat bagi disesuaikan dengan keadaan tempatan, termasuk tetapan yang sama turut dibuat untuk Jazz Hybrid versi pasaran Jepun.
Berikut ialah semua varian dan harga Honda Jazz (atas jalan termasuk insurans):
- Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L S - RM74,800
- Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L E - RM81,000
- Honda Jazz 2017 Facelift 1.5L V - RM88,400
- Honda Jazz Sport Hybrid 1.5L - RM87,500
Leave a Reply