• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua, MyDigital ID Meterai MoU untuk Perkhidmatan Transaksi Tanpa Tunai

Perodua, MyDigital ID Meterai MoU untuk Perkhidmatan Transaksi Tanpa Tunai

March 20, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERODUA menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID) untuk mendapatkan akses pengesahan pengguna, sebagai sebahagian inisiatif pengeluar nnasional itu menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Kerjasama itu bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan dengan memastikan pengesahan transaksi yang lebih selamat dan mudah.

MyDigital ID adalah inisiatif Identiti Digital Nasional yang dibangunkan untuk menawarkan akses digital lebih selamat, dipercayai, dan lancar buat rakyat Malaysia kepada perkhidmatan digital Kerajaan dan swasta.

Dengan kerjasama itu, Perodua dapat memanfaatkan ciri keselamatan siber disediakan MyDigital ID untuk memastikan setiap transaksi dan pengesahan identiti pelanggan berjalan lancar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, proses pengesahan yang dijalankan melalui MyDigital ID akan menjadi titik permulaan selamat untuk melindungi semua pengguna, dengan sokongan daripada pakar keselamatan siber negara.

Beliau menambah, kerjasama itu adalah pertama seumpamanya dalam industri automotif negara.

Zainal Abidin berkata, MoU itu juga membolehkan Perodua mempelbagaikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan, selain menyokong usaha Kerajaan menggalakkan komuniti tanpa tunai. Kerjasama ini diharap dapat mengukuhkan lagi keselamatan transaksi digital dalam industri automotif negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (CEO) MyDigital ID, Mohd Azuddin Parman berkata, kerjasama itu penting untuk memacu transformasi digital dalam industri automotif, yang mana pengesahan identiti digital dipercayai dapat membantu memperkemas interaksi digital, sekali gus lebih selamat dan mesra pengguna.

Ini juga akan memperkasakan sektor automotif untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Identiti Digital Nasional, memorandum persefahaman (MoU), My Digital ID Sdn Bhd (MyDigital ID), PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev