• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Kenderaan Catat 63,906 Unit, Meningkat 31 Peratus Sepanjang Februari 2025

Jualan Kenderaan Catat 63,906 Unit, Meningkat 31 Peratus Sepanjang Februari 2025

March 20, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


INDUSTRI automotif Malaysia menunjukkan pemulihan kukuh pada Februari 2025, dengan jumlah jualan keseluruhan (TIV) meningkat 31 peratus kepada 63,906 unit berbanding 48,732 unit pada Januari.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan, peningkatan itu hasil daripada kestabilan pasaran yang berlaku selepas penurunan jualan pada Januari.

Menurut kenyataan MAA, pertumbuhan tinggi TIV itu mencerminkan pemulihan pasaran selepas kejatuhan jualan awal tahun. Pasaran automotif pada Februari 2025 menunjukkan tanda pemulihan stabil, sekali gus membantu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap industri.

Namun jika dibandingkan tahun lalu, TIV Februari 2025 menunjukkan penurunan 2 peratus berbanding 65,017 unit yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu (2024). Penurunan berkenaan menunjukkan cabaran dihadapi industri automotif walaupun terdapat pemulihan pada Februari.

Pada Februari 2025, jualan kenderaan penumpang mendominasi pasaran sebanyak 58,606 unit jualan, manakala kenderaan komersial hanya mencatatkan jualan 2,939 unit. Kenderaan penumpang terus menjadi pilihan utama pengguna walaupun situasi pasaran mencabar.

Prospek industri automotif pada Mac dilihat lebih positif dengan MAA menjangka TIV bulan ini akan lebih tinggi berbanding Februari.

Hal itu disebabkan permintaan tinggi daripada pelanggan yang mahu mendapatkan kenderaan sebelum cuti Hari Raya selain inisiatif pengeluar menghabiskan stok sebelum penutupan tahun kewangan pada 31 Mac 2025.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, jumlah jualan keseluruhan (TIV), Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my