• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / DBKL Padam Mural Sebab Tak Dapat Kelulusan, Cetus Pelbagai Reaksi

DBKL Padam Mural Sebab Tak Dapat Kelulusan, Cetus Pelbagai Reaksi

March 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


TINDAKAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memadamkan lukisan mural di beberapa hentian bas dan kios sekitar ibu kota menjelang Mesyuarat Kepengerusian ASEAN 2025 mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Langkah itu sebahagian usaha DBKL mengindahkan 21 hentian bas dan kios, dengan 18 daripadanya diselenggara melalui kerja mengecat, membaik pulih struktur, dan menukar bumbung.

Menurut DBKL, semua hentian bas dan kios dicat warna kelabu gelap mengikut standard ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu. DBKL juga menjelaskan mural yang dipadam dilukis tanpa kebenaran rasmi, maka ia perlu dibuang mengikut prosedur penyelenggaraan.

Mural tersebut terletak di Jalan Raja Chulan (dua unit) dan Jalan Raja Azlan Shah (satu unit), manakala kios di Jalan Raja Azlan Shah turut dirobohkan kerana sudah usang.

Walaupun menghargai usaha komuniti seni dalam memperindahkan bandar, DBKL menegaskan semua lukisan mural di tempat awam perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu bagi memastikan kesesuaian dengan persekitaran bandar.

Namun, tindakan itu mengundang kritikan beberapa pihak yang berpendapat DBKL sepatutnya lebih terbuka terhadap seni jalanan yang dapat menambah nilai estetika bandar raya.

Beberapa pihak berpendapat pemadaman mural tanpa perbincangan dengan pelukis atau komuniti seni menunjukkan kurangnya penghargaan terhadap usaha kreatif mereka. DBKL, dalam kenyataan mengalu-alukan perbincangan dan cadangan daripada mana-mana pihak yang mahu menyumbang secara sah dan terancang untuk memperindahkan Kuala Lumpur.

SUMBER: SinarHarian | IG Cloakwork

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hentian Bas dan Kios, Mesyuarat Kepengerusian ASEAN 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my