• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'SUV Pertama Proton', Geely Boyue Buat Kemunculan Sulung di Malaysia, Jumaat Ini

'SUV Pertama Proton', Geely Boyue Buat Kemunculan Sulung di Malaysia, Jumaat Ini

June 21, 2017 By Abang GYL 26 Comments

15.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Geely Boyue MalaysiaBAKAL model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, Geely Boyue dijangka membuat kemunculan sulung di Malaysia, Jumaat ini. Menerusi e-mel yang baru kami terima, DRB-HICOM Berhad akan memeterai perjanjian bersama Zhejiang Geely Holding Group sebagai rakan strategik asing (FSP) Proton Holdings Berhad.

Pada majlis itu, Geely Boyue turut dipamerkan kepada pihak media. Persoalannya, apakah Proton bakal melancarkan model Boyue tidak lama lagi?

DRB-HICOM sebelum ini pernah menyatakan Proton bakal mengeluarkan SUV pertama berasaskan platform Geely Boyue. Bagi kami, pemilihan Boyue boleh dianggap tepat kerana SUV itu adalah antara model terlaris Geely.

Geely Boyue Malaysia
SUV Proton

2 PILIHAN VARIAN

Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L Turbo dan 2.0L aspirasi natural (NA).

Enjin 1.8L Turbo mampu menghasilkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-5,500rpm), manakala enjin 2.0L NA pula berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 - 4,500rpm).

Bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang maklumat tentang spesifikasi enjin yang bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia kelak. Mungkinkah SUV itu dibawa masuk sebagai model penjenamaan semula (rebadge) atau sebaliknya masih lagi menjadi tanda tanya?

BACA >>> Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton - Lotus Kini Milik Geely

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

Geely Boyue MalaysiaDalam pada itu, pakar manipulasi foto, Ajerul Antoine sudah melakar beberapa foto dengan menjadikan Geely Boyue sebagai model rebadge Proton.

Jika benar Proton memperkenalkan model rebadge Geely Boyue ke pasaran tempatan, mungkin inilah hasilnya. Lihat saja rekaan Ajerul ini yang pasti membuatkan sesiapa saja cair melihatnya.

Nantikan laporan dan foto kami, Jumaat ini. Rasa tak sabar pula mahu menanti pelancaran model 'SUV pertama Proton'! 🙂

GALERI

Geely Boyue Malaysia
Geely Boyue Malaysia
Geely Boyue Malaysia
SUV Proton
Geely Boyue Malaysia
SUV Proton
Geely Boyue Malaysia
SUV Proton
Geely Boyue Malaysia
Geely Boyue Malaysia
Geely Boyue Malaysia

Related

15.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: FSP, Geely Boyue, harga Geely Boyue, harga suv proton, Proton Bayu, Proton Boyue, Proton Geely, SUV Proton

Comments

  1. What?? says

    June 22, 2017 at 10:39 AM

    Jangan harap la harga 70k, 80k pun xdpt secara realistik. Expect harga around 110k bg base model & 125k top spec tapi at least harga lebih murah banding CRV & X Trail.

    Reply
  2. kocek says

    June 22, 2017 at 1:57 PM

    Skrg design mcm range rover..enjin 1.8/2.0cc...nti bile launch,design mcm ertiga..kapasiti enjin paling tinggi pun 1.5cc..lumrah proton selama ni..hrp2 kali ni aku silap

    Reply
  3. Cenn says

    June 24, 2017 at 7:19 AM

    Jgn shj badan & enjin cantik.. masalah power window masih sama

    Reply
    • kzm says

      June 27, 2017 at 9:42 PM

      Masalah power window? Tahun biler ni bro?

      Reply
      • Tuah says

        July 3, 2017 at 9:01 AM

        jarang guna jalan bertol kut, yang selalu buka pintu di plaza tol sekarang bukan kereta Proton, tapi biasa lah mentality yang telah di jajah

        Reply
    • Kereta Pandu says

      February 3, 2018 at 2:07 AM

      mana ada masalah power window dahh skung buubuuu

      Reply
    • ts says

      April 4, 2018 at 2:11 PM

      buka je bumbung kereta jadi tak payah salahkan power window kalau ini nak salah itu nak salah basikalkan bagus

      Reply
  4. mama says

    June 24, 2017 at 10:28 AM

    Rekabentuk yang menarik

    Reply
  5. Malaysian says

    June 27, 2017 at 12:33 PM

    Betul tu...
    Power window problem
    Cc rendah

    macam Exora Iriz Saga Persona Preve Suprima
    Handling the best in World
    AIR cond paling sejuk
    Banyak dah kereta luar negara kena rembat kat jalan raya Malaysia
    Baru betul kereta Malaysia

    POLIS PUN DAH PAKAI PREVE TIPTRONIC.
    menangis kereta lain

    IRIZ dan PESONA pun boleh rembat VOLVO

    MALAYSIA.. MALAYSIA
    KENAPA KELUARKAN KERETA YANG POWER DAN MURAH SAMPAI MEMALUKAN KERETA MAHAL DARI LUAR NEGARA.

    KESIAN DIORANG SEMUA...

    Reply
    • Ejoe says

      December 27, 2017 at 6:32 PM

      Aku repair power window 4kali dalam setahun kini masih rosak lagi.. baru repair seminggu da rosak lagi.. benda yg sama kedai tukar main switch, cam mana la ni kan.

      Reply
      • Lyana says

        February 4, 2018 at 12:43 AM

        Brand x elok kot yg ditukar tu. Saya pakai wira 2000. 2 Kali je tukar suis. Sampai sekarang masih OK dan selalu turun naik window sebb guna t&go. Saya pakai Nissan sentra 2008 juga. Dan masing2 ada kelebihan

        Reply
  6. husin lempoyang says

    June 29, 2017 at 12:56 PM

    masalah power window??? adoi...dah berzaman dah tu. lagi pon SUV yg terbaru ni (bakal) bukan lah proton yg buat. belum keluar lagi dah buat spekulasi macam2. honda banyak masalah jugak, ford pun ade masalah jugak.

    mintak2 janganlah mahal sgt SUV baru ni

    Reply
  7. Zainal Abidin Bin Ibrahim says

    July 1, 2017 at 6:54 AM

    Terus maju Proton nampak cantik dan kemas suv baru.Saya pengguna saga baru berpuas hati memandu saga lebih cekap ambil selekoh , mantap mendaki bukit dan perkasa melalui lebuh raya pantai timur.Berasa yakin dan Lancar laluan Karak Lipis, Raub Gua Musang,Jeli Grik. Keselesaan sangat baik daripada Vios dan penjimatan minyak lebih kurang sama. Saya berbangga dengan Proton semoga lebih berdaya saing dgn pengeluar dari Eropah dan Jepun.

    Reply
    • putraAhmad says

      February 3, 2018 at 7:20 PM

      terbaik bro...!
      kita kena up engineer msia rata2 rakyat msia espesially bangsa kita...sampai bila kita nak agung2kn jenama luar sedangkn kita mampu setanding malah lebih baik...

      Reply
    • Lyana says

      February 4, 2018 at 12:37 AM

      Vios terhegeh2. Kuasa pecutan dah hilang ke apa bila nak naik bukit terutamanya. Fade up ikut belakang. Wira saya masih gagah perkasa. Standard je x tukar apa2. Lepas tol litrak bleh pukul Volkswagen, BMW, Mercedes, Honda lagi.. Bangga...

      Reply
    • mior khairudin says

      February 20, 2018 at 7:54 PM

      Oooo Proton OK tapi org yg bertanggungjawab macam rnd
      Tak boleh terima cadangan Dari org biasa macam kita....4 tahun dulu saya pernah propos proton guna sistem solar untuk menjana kipas penyejuk
      Tapi tak di layan......APA yg boleh di bangga jika proton guna teknologi luar

      Reply
  8. Nick says

    July 3, 2017 at 4:53 PM

    Harga mungkin dalam rm68k hingga 90k

    Reply
  9. Rafie says

    July 6, 2017 at 11:54 AM

    Ye la.. Saya guna exora dah 2 tahun, ok ape. Bapak lajunya. Setakat vios dgn city tu jauh kena tinggal. Naik bukit pun power. Saya bangga dgn proton

    Reply
  10. Mohd says

    July 28, 2017 at 12:03 AM

    Minta pihak proton ubah signal ke sebelah kanan.yg sebelum INI dikiri...

    Reply
  11. Hjm says

    October 31, 2017 at 10:00 AM

    My IRIZ is ☆☆☆☆☆

    Reply
  12. Kak Noor says

    April 27, 2018 at 12:10 PM

    Gen 2 first model, Fius Box tak ada ganti kenapa.....? Kereta cantik, tapi fius box rosak..... Jangan lah gitu, buat produk tapi tak ada spare part.

    Reply
  13. NORFADILAH ABDUL MOSAMAD . says

    June 13, 2018 at 11:36 AM

    Saya pengguna tegar Proton....x sabar nak tunggu SUV nie...kalau bukan rakyat Malaysia siapa lagi nak bangga dengan jenama KITA...

    Reply
  14. Abe D says

    June 20, 2018 at 8:51 AM

    Enjin 1.8L Turbo mampu menghasilkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-5,500rpm), manakala Enjin 2.0L NA pula berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 - 4,500rpm

    Tgk engine dah sesuai dgn body.. CRV pun 1.5 TC shj.. moga direalisaikan utk semua...

    Reply
  15. hezrie mohamed says

    June 25, 2018 at 8:59 PM

    proton bukan lg cikai selepas diambil alih geely.brg kualiti setanding wv,volvo

    Reply
  16. alex khoo says

    July 31, 2018 at 4:34 PM

    terutama sekali adalah harga kereta, jikalau nak bersaing ,harga dalam 85K hingga 95K boleh lah kita banggakan dan dapat atasi SUV yang ada dinegara kita sekarang.
    tentang pertasi, sudah tentu kita boleh percayakan. .

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev