• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Mula Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 Termasuk Operasi Motosikal 24 Mac Ini!

JPJ Mula Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 Termasuk Operasi Motosikal 24 Mac Ini!

March 17, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025, termasuk beberapa operasi yang menumpukan motosikal bermula 24 Mac - 8 April ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli ketika berucap di program Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-27 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Menurutnya, fokus akan diberikan terhadap sembilan kesalahan utama dalam operasi (Ops Khas Hari Raya Aidilfitri) yang akan dijalankan di seluruh negara.

Aedy berkata, antara kesalahan yang akan menjadi fokus adalah tidak memakai tali keledar/helmet, memandu melebihi halaju dibenarkan, melanggar lampu isyarat merah dan menggunakan telefon ketika memandu.

Beliau dalam ucapan perasmian berkata;

20 peratus kematian di jalan raya adalah berpunca akibat jalan gelap tanpa lampu. Menunggang motosikal pada waktu malam adalah amat berisiko. Penunggang juga disarankan mengamalkan tunggangan defensif."

Teknik pemanduan defensif dimaksudkan adalah seperti mengekalkan jarak selamat, mengawal dan mengurangkan kelajuan di kawasan berisiko dan peka terhadap pergerakan kenderaan lain di jalan raya. Selain itu, penunggang dan pembonceng motosikal disarankan memakai pakaian cerah atau ves pemantul cahaya.

Pengurus Besar Penjenamaan dan Pemasaran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Tim Ho berkata, fokus kempen adalah membantu menyemai kesedaran dan ilmu kepada penunggang motosikal memandangkan statistik menunjukkan golongan itu mencatat lebih 60 peratus kematian di jalan raya.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha anjuran HLYM dengan kerjasama Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia (MMSDA) kini memasuki episod ke-27 dan mendukung tema 2025, iaitu 'Terang dalam Gelap – Tunggang Cermat, Perjalanan Selamat'.

YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 1
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 2
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 3
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 4
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 5
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 6
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 7
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 8
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 9
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 10
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 11
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 12
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 13
YAMAHA BALIK KAMPUNG KE 27 - 14

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Aedy Fadly Ramli, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025, Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia (MMSDA, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev