JENAMA motosikal X-Wedge akan datang ke Malaysia tahun ini dan MForce Bike Holdings (MForce Bike) merancang membuka empat bilik pameran seluruh negara.
Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce Bike, Asri Ahmad berkata, lokasi bilik pameran X-Wedge itu akan dibuka di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah.
Seperkara menarik, bilik pameran atau cawangan tersebut berperanan seperti hab untuk jenama X-Wedge di Malaysia yang berkonsep premium, sama seperti bilik pameran utama X-Wedge Chong Qing di China.
MForce Bike membawa penulis bersama rakan media permotoran untuk melihat sendiri konsep tersebut dalam lawatan ke China, baru-baru ini.
Asasnya, konsep premis itu membabitkan elemen 4S yang terdiri daripada ruang pameran dan jualan lima model X-Wedge dengan satu pusat baik pulih dengan pintu masuk sendiri.
Ruang gaya hidup menampilkan pelbagai jenis pakaian seperti jaket dan kasut, termasuk koleksi aksesori keselamatan menunggang seperti helmet yang disusun sebaris ruang pameran X-Wedge.
Di aras sama, ada satu bahagian memaparkan tiga model motosikal yang sudah dinaik taraf menggunakan pelbagai aksesori. Malah komponen aftermarket juga dijual di premis berkenaan.
Naik ke aras atas, ada sebuah kafe disediakan untuk pengunjung termasuk, dengan tempat duduk di ruang terbuka. Bersebelahan kafe kopi pula, ada satu bilik menyediakan ruang istirahat untuk pengunjung atau pelanggan.
Berikut rakaman foto sekitar bilik pameran premium X-Wedge Chong Qing:
Leave a Reply