• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Dapat Bos Baharu dari Mexico, Ivan Espinosa!

Nissan Dapat Bos Baharu dari Mexico, Ivan Espinosa!

March 11, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PERJALANAN perniagaan Nissan memasuki episod baharu dengan mengumumkan rombakan besar dalam kepimpinan kanan syarikat bagi mencapai matlamat jangka pendek dan sederhana selain memastikan pertumbuhan jangka panjang.

Perubahan ini berkuat kuasa 1 April ini. Sejak Disember 2024 industri automotif digemparkan dengan perjalanan Nissan yang turut melibatkan gergasi Jepun lain.

Pada Disember 2024, Nissan dan Honda menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menimbangkan gabungan kedua-dua pengeluar itu. Mitsubishi juga tidak ketinggalan dan sedia menimbangkan bagi menyertai gabungan tersebut.

Bagaimanapun, hasrat penyatuan tidak menjadi kenyataan selepas kedua-dua pengeluar mengumumkan penamatan MoU pada Februari tahun ini. Namun, penamatan itu tidak bermakna semua sudah berakhir kerana kerjasama untuk kenderaan pintar dan elektrifikasi masih berjalan.

Makoto Uchida - Februari 2025

PERUBAHAN UTAMA KEPIMPINAN

  • Ivan Espinosa (Ketua Pegawai Perancangan, CPO): Wakil Pegawai Eksekutif, Presiden, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan Makoto Uchida.

Kemas Kini Jawatankuasa Eksekutif (berkuat kuasa 1 April, melapor kepada Espinosa)

  • Guillaume Cartier (Ketua Pegawai Prestasi dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan AMIEO): Peranan diperluas membabitkan Pemasaran Global dan Pengalaman Pelanggan.
  • Eiichi Akashi (Naib Presiden Korporat, Bahagian Perancangan Kenderaan dan Kejuruteraan Komponen Kenderaan):Ketua Pegawai Teknologi (CTO) menggantikan Kunio Nakaguro.
  • Teiji Hirata (Naib Presiden Korporat, Bahagian Kejuruteraan & Pembangunan Pengeluaran Kenderaan): Ketua Pegawai Monozukuri yangbertanggungjawab ke atas Pembuatan dan Rantaian Bekalan, dan menggantikan Hideyuki Sakamoto.
  • Jeremy Papin (Ketua Pegawai Kewangan, CFO): Kini juga Pegawai Eksekutif.

Mengekalkan Peranan

  • Stephen Ma: Pengerusi, Jawatankuasa Pengurusan China.
  • Mitsuro Antoku: Ketua Pegawai Kualiti.
  • Toru Ihara: Ketua Pegawai Sumber Manusia.

Nota: Uchida dan Sakamoto kekal sebagai pengarah hingga mesyuarat pemegang saham pada Jun ini.

Pelantikan Utama Lain

  • Shohei Yamazaki: (Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Jepun-Asean): Peranan diperluas membabitkan syarikat sekutu.
  • Christian Meunier: Kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Amerika.
  • Tatsuzo Tomita (Naib Presiden Korporat, Pembangunan Produk Kedua): Menggantikan tanggungjawab R&D Akashi dan akan turut berkhidmat sebagai Ketua Transformasi Kos (TdC) yang melapor kepada Espinosa.
  • Manabu Sakane (Naib Presiden Korporat, Pembelian): Dilantik sebagai Ketua Pecutan Strategi yang melapor kepada Espinosa.

Eksekutif yang Berundur pada 31 Mac

  • Asako Hoshino: Ketua Pegawai Jenama & Pelanggan
  • Hideaki Watanabe: Ketua Pegawai Strategi & Hal Ehwal Korporat
  • Kunio Nakaguro: CTO
  • Hideyuki Sakamoto: Ketua Pegawai Monozukuri
  • Makoto Uchida: CEO

Rombakan itu menunjukkan komitmen Nissan terhadap inovasi, kecekapan kos, dan pertumbuhan strategik dalam pasaran utama.

Berasal dari Mexico, Espinosa ialah profesional automotif berpengalaman yang sudah berkhidmat dengan Nissan sejak 2003. Beliau juga pernah berkhidmat di Thailand.

Latar Belakang Pendidikan

  • Mei 2001: Instituto Tecnológico y de Estudios Superiores de Monterrey (ITESM), Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal & Pentadbiran Perniagaan

Latar Belakang Kerjaya

  • 2003: Menyertai Nissan Mexicana, S.A. De C. V. sebagai Penganalisis Kejuruteraan.
  • 2005: Dilantik sebagai Pengurus Perancangan Produk di Nissan Mexicana, S A De C V.
  • 2008: Bertugas sebagai Pengarah Pemasaran dan Pengurus Program Kenderaan Komersial Ringan (LCV) untuk rantau Asean di Nissan Motor (Thailand) Co Ltd.
  • 2010: Menjadi Pengarah Perancangan Maju dan Produk untuk Mexico dan Amerika Latin di Nissan Mexicana, S.A. De C V.
  • 2014: Dilantik sebagai Naib Presiden Perancangan dan Strategi Produk di Nissan International SA.
  • 2016: Berperanan sebagai Pengarah Program untuk segmen-D di Nissan Motor Co Ltd.
  • 2017: Naik pangkat sebagai Naib Presiden yang bertanggungjawab ke atas Strategi Produk Global dan Bahagian Perancangan Produk.
  • 2018: Menjadi Naib Presiden Korporat untuk Strategi Produk Global dan Bahagian Perancangan Produk.
  • 2024: Dilantik sebagai Ketua Pegawai Perancangan.

KRONOLOGI RUNDINGAN NISSAN-HONDA

Permulaan Rundingan - 15 Mac dan 1 Ogos 2024

  • Nissan dan Honda menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama strategik.
  • Fokus utama adalah pada elektrifikasi, kenderaan pintar, dan penyelidikan teknologi platform berpandukan perisian (SDV).

MoU Penggabungan - 23 Disember 2024

  • Nissan, Honda, dan Mitsubishi Motors menandatangani MoU baharu bagi menimbangkan penyatuan perniagaan.
  • Perbincangan intensif dimulakan antara pihak pengurusan, termasukCEO kedua-dua pengeluar.

Cadangan Struktur Penggabungan

  • Pada peringkat awal, Nissan dan Honda bercadang menubuhkan syarikat induk bersama, dengan Honda melantik majoriti pengarah dan CEO melalui pemindahan saham bersama.
  • Honda kemudian mencadangkan perubahan struktur yang mana ia sebagai syarikat induk, manakala Nissan sebagai subsidiari melalui pertukaran saham.

Kesimpulan Perbincangan dan Penamatan MoU

  • Kedua-dua syarikat bersetuju keutamaan adalah kepantasan dalam membuat keputusan dan penyesuaian kepada persekitaran pasaran yang semakin tidak menentu.
  • Akhirnya, masing-masing memutuskan lebih baik menamatkan perbincangan dan membatalkan MoU tanpa meneruskan penggabungan.

Kerjasama Selepas Penamatan MoU

  • Walaupun MoU penggabungan tidak diteruskan, Nissan dan Honda masih bekerjasama dalam rangka kerja strategik untuk membangunkan teknologi kenderaan elektrik (EV) dan pintar.
Ivan Espinosa
Makoto Uchida - Februari 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, CEO Nissan Ivan Espinosa, Ivan Espinosa, Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my