• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Michelin Malaysia Perkenal Michelin Primacy 5 Baharu dengan Inovasi Prestasi Dipertingkat

Michelin Malaysia Perkenal Michelin Primacy 5 Baharu dengan Inovasi Prestasi Dipertingkat

March 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MICHELIN melancarkan tayar untuk kenderaan penumpang dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Michelin Primacy 5 dengan slogan 'Confidence Made to Last' (Keyakinan yang Berkekalan).

Model ini dipertingkat daripada Michelin Primacy 4 dengan inovasi prestasi lebih baik dan impak alam sekitar lebih rendah.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana berkata, Michelin Primacy 5 dihasilkanuntuk memenuhi keperluan kenderaan moden seperti hibrid dan elektrik yang memberi tekanan lebih tinggi terhadap tayar.

"Tayar ini menawarkan jangka hayat lebih panjang dan rintangan gelinciran rendah, sambil memastikan keselamatan berterusan di jalan basah," katanya.

Michelin Primacy 5 (6)
Michelin Primacy 5 (4)

Michelin Primacy 5 menawarkan beberapa kelebihan seperti:

  • Keselesaan Pemanduan Premium: Teknologi Michelin Silent Rib Gen-3 mengurangkan bunyi dan gegaran, memberikan pemanduan yang lebih selesa dan senyap.
  • Ketahanan Luar Biasa: Memberikan 24 peratus jarak perjalanan lebih jauh berbanding jenama premium lain, dengan peningkatan 10 peratus nisbah lowong (void ratio) dan alur sisi dioptimum untuk cengkaman lebih lama atas jalan basah.
  • Keselamatan di Jalan Basah: Prestasi brek lebih baik dengan jarak brek 8 peratus lebih pendek ketika baru dan 13 peratus lebih pendek apabila haus.
  • Keserasian dengan Kenderaan Elektrik (EV): Rintangan gelinciran lebih rendah sebanyak 13% untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan jangka hayat bateri.
Michelin Primacy 5 (3)
Michelin Primacy 5 (2)

Tayar ini lebih mesra alam dengan peningkatan jangka hayat 18 peratus dan pengurangan kesan alam sekitar 6 peratus, seiring strategi Michelin Group, iaitu 'Semua Mampan' (All Sustainable).

Michelin Primacy 5 tersedia dalam 25 saiz, daripada 16 hingga 19 inci pada harga bermula RM477 hingga RM1,026 di semua pengedar sah Michelin seluruh Malaysia.

Terdapat juga peluang memenangi Tesla Model Y 2025 facelift dengan pembelian tayar Michelin bermula 6 Januari hingga 9 April 2025. Layari laman web rasmi Michelin untuk terma dan syarat penuh.

Michelin Primacy 5 (1)
Michelin Primacy 5 (2)
Michelin Primacy 5 (3)
Michelin Primacy 5 (4)
Michelin Primacy 5 (5)
Michelin Primacy 5 (6)
michelin-primacy-5-1
michelin-primacy-5-2
michelin-primacy-5-3
michelin-primacy-5-4
michelin-primacy-5

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Michelin Malaysia, Michelin Primacy 5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev