• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JMG Rekod 24 Kes Lubang Benam Sepanjang Lima Tahun, Perak Paling Tinggi

JMG Rekod 24 Kes Lubang Benam Sepanjang Lima Tahun, Perak Paling Tinggi

March 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) merekodkan 24 insiden lubang benam dalam tempoh lima tahun sejak 2019 hingga 2024, dengan Perak mencatatkan jumlah tertinggi, 11 kes.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) merekodkan tiga insiden berlaku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dua di Kelantan, dan satu di Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Melaka, dan Perlis.

jabatan-mineral-dan-geosains-malaysia-logo
nres-kementerian-sumber-asli-dan-kelestarisn-alam-logo

NRES menjelaskan, JMG sentiasa komited mengurangkan risiko bencana geologi, terutama di kawasan pembangunan yang melibatkan kawasan sensitif lubang benam bagi memastikan keselamatan awam.

Langkah itu diambil sebagai respons kepada soalan dikemuka Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai insiden lubang benam yang berlaku dalam negara dalam lima tahun terakhir ini.

Selain itu, NRES turut memaklumkan, JMG memainkan peranan penting dalam memberikan penilaian bahaya dan risiko geologi, serta terlibat dalam penggubalan piawaian pembangunan peringkat negara.

Kementerian juga bersedia meneliti semakan semula piawaian pembangunan di kawasan berisiko tinggi bagi meningkatkan keselamatan.

Menurut NRES lagi, maklumat geologi persekitaran tapak pembangunan adalah penting sebagai asas menyediakan laporan cadangan pemajuan dan laporan geoteknikal.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES), Lubang Benam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev