• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Skoda Octavia vRS Jadi Kereta Peronda Polis UK

Skoda Octavia vRS Jadi Kereta Peronda Polis UK

March 6, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SKODA UK tmemperkenalkan model Octavia vRS paling berkuasa dalam sejarah pengeluaran untuk kegunaan pasukan polis dan perkhidmatan kecemasan!

Skoda bukan kenderaan asing untuk pasukan keselamatan kerana sudah pernah tampil bergaya sebelum ini, dan pemilihan Octavia vRS memang tepat dengan enjin 2.0L berkuasa 265ps dan tork 370Nm.

Aksi di jalan raya atau lebuh raya juga tangkas dengan pecutan 0-100kmj sepantas 6.4 saat (6.5 saat untuk wagon). Selain itu, suspensi VRS adalah 15mm lebih rendah berbanding Octavia biasa.

Prestasi Mantap untuk Pasukan Polis 

  • Dijana enjin petrol 2.0L dengan output kuasa 265ps dan tork 370Nm.
  • Transmisi automatik dual-klac (DCT) DSG 7-kelajuan dengan diferensial elektrohidraulik VAQ untuk cengkaman optimum dalam pelbagai situasi pemanduan.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6.4 saat (6.5 saat untuk model Estate).
  • Suspensi lebih rendah 15mm berbanding Octavia biasa untuk pengendalian lebih stabil.
  • Pilihan Kawalan Casis Dinamik (DCC) untuk pemanduan lebih yakin pada kelajuan tinggi.

Teknologi Terkini untuk Operasi Kecemasan

  • Unit infotainment skrin sentuh 13 inci dan kluster instrumen virtual 10.25 inci.
  • Opsyen paparan dongak (HUD) untuk maklumat pemanduan mudah akses.
  • Lampu LED Matrix generasi kedua dengan 36 segmen untuk pencahayaan lebih baik tanpa menyilaukan pandangan pengguna jalan raya lain.

Rekabentuk Praktikal dan Ruang Simpanan Besar

  • Kapasiti but 600 liter (hatchback), dan 640 liter (wagon).
  • Ketahanan, reliabiliti, dan fleksibiliti tinggi menjadikan model ini pilihan utama untuk pasukan kecemasan.

Ciri Keselamatan Canggih

  • Brek Kecemasan Automatik (AEB): Brek kecemasan automatik untuk mengelak perlanggaran.
  • Perlindungan Pejalan Kaki Prediktif (PPP): Amaran dan respons automatik terhadap pejalan kaki.
  • Pengesan Titik Buta (BSD): Amaran titik buta untuk keselamatan pemandu.
  • Bantuan Belok (Turn Assist): Kereta akan membrek automatik jika mengesan risiko perlanggaran dari depan.
  • Bantuan Perhatian dan Kelesuan (Attention & Drowsiness Assist, DA): Mengesan keletihan pemandu berdasarkan pergerakan stereng dan sistem Bantuan Lorong (Lane Assist).

Siap Sedia untuk Tugas Perkhidmatan Kecemasan

  • Skoda UK menawarkan pakej penukaran khas untuk kegunaan ambulans, polis, termasuk bomba dan penyelamat.
  • Model Octavia vRS Estate lulus ujian keselamatan brek MET dan mendapat kelulusan penuh untuk kegunaan polis.
  • Kenderaan boleh dihantar dalam keadaan siap guna melalui rakan penukaran rasmi Skoda.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: kereta polis, Kereta Polis UK, Roda4, ŠKODA, Skoda Octavia, Škoda Octavia vRS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev