• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Prologue 2025 Ditambah Jarak Hingga 455km, Kuasa Lebih Tinggi!

Honda Prologue 2025 Ditambah Jarak Hingga 455km, Kuasa Lebih Tinggi!

March 5, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Malaysia mengesahkan bakal menawarkan model kenderaan elektrik (EV) pertama Honda e:N1 tahun ini.

Seperti pengeluar Jepun lain, Honda tidak terlalu agresif menawarkan EV, tetapi tidak pula mengabaikannya. Misalnya, Honda sudah menawarkan kereta kompak e beberapa tahun lalu, dan turut merancang menawarkan pelbagai model di China.

Di Amerika Syarikat (AS), Honda menawarkan Prologue yang diperkenalkan pada 2024 yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik pertama Honda yang dibangunkan khas untuk pasaran Amerika Utara.

Seperkara menarik, Prologue adalah hasil kerjasama dengan General Motors (GM) yang dibangunkan berasaskan platform Ultium (foto bawah) milik GM. Platform itu turut dikongsi dengan model EV lain seperti Chevrolet Blazer EV dan Cadillac Lyriq.

Kerjasama tersebut membolehkan Honda memanfaatkan teknologi bateri dan platform EV GM yang canggih, dan pada masa sama mengekalkan identiti dan kualiti jenama Honda.

Walaupun berkongsi platform, Honda Prologue diterima baik hingga menjadi SUV EV kedua terlaris di Amerika pada penggal kedua 2024.

Masih baharu di pasaran, Honda Prologue 2025 diperkenalkan dengan prestasi dan ciri dipertingkat:

Model Pacuan Dua Roda (2WD)

  • Kuasa meningkat kepada 220hp (+8hp)
  • Tork meningkat kepada 329Nm (+9Nm)

Model Pacuan Semua Roda (AWD)

  • Kuasa meningkat kepada 300hp (+12hp)
  • Tork meningkat kepada 481Nm (+34Nm)
  • Jarak EPA meningkat kepada 473km untuk EX dan Touring (+21 km) dan 455km untuk Elite (+16km).

Ciri Standard

  • Rim aloi aluminium 19 inci
  • Aplikasi Google terbina dalam
  • Konektiviti wayarles untuk Apple CarPlay dan Android Auto
  • Pengecas wayarles (Qi)
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 10-tetapan dengan sokongan lumbar
  • Kerusi depan dengan fungsi pemanas
  • Penyaman udara automatik kawalan klimat dwi-zon
  • Radio satelit Sirius XM
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Honda SENSING

Sistem Pengecasan

Pengecasan Pantas (DC)
  • Kadar pengecasan sehingga 150 kW.
  • Bateri litiumion 85 kWj boleh mengecas semula 105 km dalam masa 10 minit.
Rangkaian Pengecasan
  • Menjelang 2030, pemilik EV Honda akan mempunyai akses kepada kira-kira 100,000 pusat pengecasan pantas (DC) di seluruh Amerika Utara, termasuk rangkaian IONNA, Tesla Superchargers, EVgo dan Electrify America.

Varian dan Harga

EX (Motor Tunggal, 2WD)
  • Harga MSRP: AS$47,400 (RM211,703)
  • Jarak EPA: 496km
EX (Motor Berkembar, AWD)
  • Harga MSRP: AS$50,400 (RM225,102)
  • Jarak EPA: 473km
Touring (Motor Tunggal, 2WD)
  • Harga MSRP: AS$51,700 (RM230,909)
  • Jarak EPA: 496km
Touring (Motor Berkembar, AWD)
  • Harga MSRP: AS$54,700 (RM244,308)
  • Jarak EPA: 473km
Elite (Motor Berkembar, AWD)
  • Harga MSRP: AS$57,900 (RM258,601)
  • Jarak EPA: 455km

Harga yang disenaraikan tidak termasuk Kredit Cukai EV Persekutuan (pihak berkuasa AS) bernilai AS$7,500 (RM33,380), tidak termasuk kos lain seperti penghantaran.

2025 Honda Prologue Elite
2025 Honda Prologue Elite
2025 Honda Prologue Elite
honda-prologue-2025-1
honda-prologue-2025-2
honda-prologue-2025-3
honda-prologue-2025-4
honda-prologue-2025-5
honda-prologue-2025-6
honda-prologue-2025-7
honda-prologue-2025-8
honda-prologue-2025-9
honda-prologue-2025-10
honda-prologue-2025-11
honda-prologue-2025-12

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: EV, Honda, Honda Prologue, Honda Prologue 2025, honda sensing, Kenderaan Elektrik (EV), SUV Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev