• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subsidi RON95 Akan Disasar Guna MyKad, Harga Petrol Ikut Pasaran

Subsidi RON95 Akan Disasar Guna MyKad, Harga Petrol Ikut Pasaran

March 4, 2025 By Syafie 1 Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELAKSANAAN penyasaran subsidi RON95 akan melibatkan penetapan harga pam berdasarkan harga pasaran, sama seperti diesel.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, 85 peratus pengguna warganegara akan terus menerima subsidi RON95.

Kerajaan akan memastikan kaedah pelaksanaan subsidi itu berkesan, seperti dilakukan pada diesel, termasuk menggunakan MyKad sebagai rujukan utama selepas kejayaan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

MyKad berjaya digunakan di Kelantan dan Perlis, dengan tahap penggunaan 99 peratus. SARA juga sudah disalurkan kepada 700,000 penerima pada Januari 2025 dan akan diperluas ke Sabah dan Sarawak.

Pada April 2025, SARA akan melibatkan 5.4 juta penerima, termasuk kumpulan isi rumah B40.

Amir Hamzah berkata lagi, penyasaran subsidi RON95 diperlukan bagi mengelak ketirisan yang berlaku apabila subsidi dinikmati bukan warganegara, sektor komersial, dan golongan kaya.

Ketirisan tersebut dianggarkan lebih 20 peratus daripada penggunaan petrol. Justeru pemberian subsidi yang lebih tepat membolehkan Kerajaan berjimat lebih RM8 bilion setahun.

SUMBER: HarianMetro

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Kewangan (MOF), Program Subsidi Petrol, Ron95

Comments

  1. Azizan Mohamed says

    March 11, 2025 at 2:54 PM

    Nk beli RON95 pun kira kasta2 pulak.. kegilaan apa ini?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev