• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Permit Rentas Sempadan untuk Kenderaan Barangan Asean Kini Dibuka Dalam Talian

Permit Rentas Sempadan untuk Kenderaan Barangan Asean Kini Dibuka Dalam Talian

March 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERMOHONAN Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan Asean kini dibuka sejak semalam bagi pengoperasian di bawah Perjanjian Rangka Kerja Asean mengenai Kemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST).

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan, melalui perjanjian AFAFIST, pengendali berlesen yang layak boleh mengendalikan operasi rentas sempadan untuk pengerakan kenderaan barangan antara negara anggota Asean yang bersebelahan.

Inisiatif itu bertujuan mengukuhkan integrasi ekonomi rantau Asean, memudahkan perdagangan, dan meningkatkan kecekapan logistik antara negara tetangga Asean supaya lebih kompetitif di peringkat global.

Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) di pautan iportal.ispkp.gov.my.

APAD menggalakkan pengendalian kenderaan barangan berkelayakan supaya memohon bagi memperkukuh kelancaran perdagangan dan logistik antara negara Asean. Maklumat lanjut dan salinan garis panduan dan keperluan boleh dimuat turun di pautan disediakan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Auto Terkini, Kemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST), Perjanjian Rangka Kerja ASEAN, Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN, Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev