• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kod QR di Bangunan Imigresen Berjaya Atasi Kesesakan Tambak Johor

Kod QR di Bangunan Imigresen Berjaya Atasi Kesesakan Tambak Johor

March 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN akan memperluas penggunaan kod QR bagi urusan imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Johor untuk laluan atau pengguna kereta bermula tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, inisiatif ini dibuat berikutan kejayaan penggunaan kod QR untuk penumpang bas dan penunggang motosikal yang membantu mengurangkan kesesakan di Tambak Johor. Dengan kod QR, urusan Imigresen dapat diselesaikan dalam hanya 3 saat.

Fadillah berkata lagi, konsep bukti (proof-of-concept) ini akan diperluas kepada laluan kereta untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan di pintu masuk negara.

Menurutnya, mesyuarat hari ini bersetuju memperluas inisiatif ini ke semua pintu masuk antarabangsa negara sebagai langkah mengatasi kesesakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mengesahkan kejayaan penggunaan kod QR di BSI dan KSAB  dengan peningkatan jumlah motosikal yang melepasi pemeriksaan pada masa sama.

Kini, perhatian diberikan terhadap kesesakan di laluan kereta dan jawatankuasa akan mencari penyelesaian untuk pintu masuk lain seluruh negara.

Saifuddin juga berkata, projek Rapid Transit System (RTS) yang dijadual siap menjelang 31 Disember 2026 akan membantu menyuraikan trafik dengan kapasiti 10,000 hingga 20,000 penumpang setiap jam.

Malah, keperluan menggantikan dan menyelenggara kemudahan lama di pintu masuk turut dibincangkan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, imigresen, Imigresen Malaysia, kod respons pantas (QR), Tambak Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my