• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terminal Feri Puteri Harbour Bakal Buka Laluan Baharu Johor-Singapura

Terminal Feri Puteri Harbour Bakal Buka Laluan Baharu Johor-Singapura

March 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


UEM Sunrise Berhad menimbang untuk menawarkan perkhidmatan feri ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, Iskandar Puteri jika mendapat kelulusan daripada Kerajaan Singapura.

Ketua Pegawai Kewangan, Hafizuddin Sulaiman berkata, perkhidmatan itu sudah lama dirancang untuk menarik lebih ramai pelawat ke Iskandar Puteri.

Terminal tersebut kini mengendalikan feri ke Indonesia dengan 18 trip pergi dan balik setiap hari. Jika perkhidmatan ke Singapura dilancarkan, ini bakal menyediakan pilihan baru kepada pelancong antarabangsa dan rakyat Singapura untuk mengunjungi Johor menerusi laluan air.

Puteri Harbour, yang dilengkapi pelbagai kemudahan selain berdekatan pusat beli-belah, restoran, dan Legoland, menjadikan ia lokasi strategik untuk perkhidmatan feri berkenaan.

Ia turut berpotensi memperkukuh sektor pelancongan kesihatan di Johor kerana ramai pelancong Indonesia datang mendapatkan rawatan di hospital sekitar Iskandar Puteri.

UEM Sunrise ialah pemaju utama Iskandar Puteri dengan memiliki bank tanah seluas 5,643 ekar (2,284 hektar) dan potensi nilai pembangunan kasar mencecah RM60 bilion sejak memasuki Johor pada 2005 selain menjana lebih 15,000 peluang pekerjaan di negeri itu.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Iskandar Puteri, Singapura, Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, UEM Sunrise Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev