• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / VCM Umum Volvo EX90, XC90 Facelift Bakal Lancar di Malaysia

VCM Umum Volvo EX90, XC90 Facelift Bakal Lancar di Malaysia

March 3, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLVO Car Malaysia (VCM) mendedahkan akan menawarkan dua model baharu ke pasaran tempatan, iaitu Volvo EX90 dan Volvo XC90 facelift yang tergolong dalam kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi.

VCM menyatakan dua model baharu itu akan berada di Malaysia dengan pelancaran dijadualkan berlangsung tidak lama lagi. Hebahan juga akan dibuat menerusi laman web Volvo Car Malaysia.

Volvo EX90 versi elektrik diumumkan buat julung kali pada 2022, dan dikatakan model Volvo paling selamat pernah dibina. Apa yang menarik tentang EX90?:

  • Dilengkapi teknologi keselamatan aktif dalam dan luar kenderaan.
  • Dilabel sebagai Volvo paling canggih setakat ini.
  • Perintis pelbagai aspek seperti model pertama Volvo dengan teknologi lidar, dibina melalui Superset core computing tech stack Volvo Cars dan bersedia untuk pemanduan autonomi sepenuhnya.
  • Penghantaran global Volvo EX90 bermula pada akhir 2024.
  • Malaysia akan jadi antara pasaran awal Asia Pasifik menerima model ini selepas Thailand.

Volvo XC90 pula ditafsir semula untuk era elektrifikasi sebagai model hibrid plug-in (PHEV) yang mula dipasang di Malaysia pada 2016.

Dua model perdana  itu, Volvo EX90 dan Volvo XC90 baharu, dijangka membantu melonjakkan prestasi Volvo di pasaran Malaysia dengan menawarkan jarak pemanduan luar biasa selain mementingkan keselamatan seisi keluarga.

Volvo EX90 akan menyertai portfolio kenderaan EV Volvo sedia ada seperti EX30, XC40 Recharge Pure Electric dan EC40 (Volvo C40 Recharge Pure Electric).

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Chris Wailes berkata;

Tidak kira sama ada anda mahukan teknologi keselamatan terbaik dalam kenderaan elektrik sepenuhnya atau ingin menaik taraf kepada versi terkini SUV ikonik kami yang sudah meraih pelbagai anugerah, pilihlah model flagship ‘90’ yang sesuai dengan kehidupan dan gaya hidup anda.

Jika berminat mendapat maklumat lebih lanjut mengenai Volvo EX90 ini, layari saja laman web ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chris Wailes, Roda4, Volvo Car Malaysia, Volvo Cars Malaysia (VCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my