SEBANYAK 22 unit motosikal dalam sebuah bengkel dilaporkan musnah akibat insiden kebakaran dekat Simpang Pulai, Perak pagi Isnin tadi.
Menurut laporan Sinar Harian, insiden kira-kira jam 5.11 pagi itu berlaku di Laluan Utama Kampung Tekah Baru dekat Simpang Pulai dan tiga lot premis lain dalam kejadian sama.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan insiden tersebut jam 5.11 pagi.
Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Gopeng dan Ipoh ke lokasi kejadian dengan tiga jentera bersama dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Beliau berkata;
Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah bengkel yang musnah 70 peratus. Turut musnah dalam kebakaran itu 22 motosikal yang berada dalam bengkel.
"Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.
Tiga premis lain berdekatan seperti kedai makan, bengkel kereta dan lot kosong mengalami kemusnahan antara 30 hingga 50 peratus. Api berjaya dikawal jam 5.33 pagi dan operasi tamat jam 6.53 pagi.
SUMBER: Sinar Harian
Leave a Reply