• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CRF250 Rally 2025 Diperkenal di Jepun dengan Beza Warna, Radiator dan Suspensi

Honda CRF250 Rally 2025 Diperkenal di Jepun dengan Beza Warna, Radiator dan Suspensi

March 1, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


ADA yang meminati Honda CRF250? Siri motosikal ini seperti CRF250L, CRF250L, CRF250 Rally dan CRF250 Rally versi 2025 akan dilancarkan di Jepun pada 25 Mac ini dengan perubahan tanpa melibatkan enjin, cuma warna, grafik dan kesan haba.

Model itu dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 250cc DOHC dengan output kuasa 24ps @ 9,000rpm dan tork 23Nm @ 6,500rpm.

Honda CRF250L (Swift Gray)
Honda CRF250L S (Extreme Red)

Honda CRF250L menerima warna Swift Gray (kelabu) yang tampil anggun dan misteri serta grafik baharu, manakala warna Extreme Red (merah) berbeza rekaan grafik.

Dua model Rally warna Extreme Red (merah) pula berbeza warna pelana yang ditukar biru selain perubahan grafik.

Honda CRF250L Rally (Extreme Red)
Honda CRF250 Rally S (Extreme Red)

Bagi keselesaan, Honda mengubah bentuk gril radiator dan penutup sisi bagi mengurangkan kesan haba ekzos terhadap penunggang dari paip ekzos dan kawasan lain sekitar enjin. Tetapan suspensi depan dan belakang juga diubah untuk keselesaan lebih baik.

CRF 250 dikeluarkan Thai Honda Co Ltd dan Honda mensasarkan jualan 2,500 unit setahun dengan harga bermula 649,000 yen (RM19,235).

SPESIFIKASI HONDA CRF250 2025 (Jepun)

Warna dan Grafik

  • CRF250L – Swift Gray (perubahan warna luaran dan grafik).
  • CRF250L – Extreme Red (perubahan rekaan grafik).
  • CRF250 RALLY dan CRF250 RALLY – Extreme Red (warna pelana ditukar kepada biru dan perubahan grafik).

Rekabentuk dan Keselesaan

  • Gril radiator dan penutup sisi diubah untuk mengurangkan kesan haba ekzos terhadap penunggang.
  • Tetapan suspensi depan dan belakang dioptimum untuk keselesaan lebih baik.

Dimensi dan Kapasiti

  • CRF250L: panjang 2,210mm, lebar 900mm, dan tinggi 1,165mm (2,230mm x 900mm x 1,205mm - varian S)
    • Jarak Roda: 1,440mm (1,455mm)
    • Jarak Tinggi Bumi: 245mm (285mm)
    • Tinggi Pelana: 830mm (880mm)
  • CRF250 Rally: panjang 2,200, lebar 920mm dan tinggi 1,355mm (2,230mm x 920mm x 1,415mm - varian S)
    • Jarak Roda: 1,435mm (1,455mm)
    • Jarak Tinggi Bumi: 220mm (275mm)
    • Tinggi Pelana: 830mm (885mm)
  • Berat: CRF250L 141kg | CRF250 Rally 153kg
  • Kapasiti tangki: CRF250L 7.8 liter | CRF250 Rally 12 liter

Enjin dan Prestasi

  • Enjin: MD47E 4-lejang 4-injap silinder tunggal 249cc DOHC penyejukan cecair
  • Gerek x Lejang: 76.0mm x 55.0mm
  • Nisbah mampatan: 10:7
  • Output Kuasa: 18kW (24ps) @ 9,000rpm, dan tork23Nm @ 6,500rpm
  • Sistem Bahan Api: Suntikan bahan api elektronik (PGM-FI)
  • Sistem Penghidup: Elektrik (Self-Service)
  • Transmisi: Klac manual 6-kelajuan constant mesh

Suspensi dan Brek

  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock Prolink (belakang)
  • Brek cakera hidraulik dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, dan brek cakera hidraulik dengan ABS boleh nyah aktif.

Tayar dan Casis

  • Tayar 80/100-21M/C 51P di depan, dan 120/80-18M/C 62P (belakang)
  • Frem: Semi-double cradle

Penggunaan Bahan Api

  • 47.5km per liter @ 60kmj (dua penumpang)
  • 32.4km per liter (WMTC, satu penumpang, Class 2-2)

Harga

  • CRF250L | CRF250L: 649,000 yen (RM19,235).
  • CRF250 Rally | CRF250 Rally: 792,000 yen (RM23,480).
Honda CRF250L S (Extreme Red)
Honda CRF250L S (Extreme Red)
Honda CRF250L S (Extreme Red)
Honda CRF250L S (Extreme Red)
Honda CRF250L S (Extreme Red)
Honda CRF250L S (Extreme Red)
Honda CRF250L S (Extreme Red)
Honda CRF250L S (Extreme Red)
Honda CRF250L Rally (Extreme Red)
Honda CRF250L Rally (Extreme Red)
Honda CRF250L (Swift Gray)
Honda CRF250L (Swift Gray)
Honda CRF250 Rally S (Extreme Red)
Honda CRF250 Rally S (Extreme Red)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: dirt bike, Honda, Honda CRF250 Rally, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev