• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia EV4 2025 Rasmi Diperkenal, Jarak Pemanduan Hingga 630km!

Kia EV4 2025 Rasmi Diperkenal, Jarak Pemanduan Hingga 630km!

February 27, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS berkongsi gambar luaran dan maklumat ringkas, Kia secara rasmi memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) terbaru, Kia EV4 2025.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Kia EV4 2025 dibikin dalam gaya badan sedan dan hatchback serta versi GT-Line dengan imej sporty.

Diperkenal sempena Kia EV Day 2025 di Tarragona, Sepanyol, Kia EV4 2025 bakal memasuki pasaran antarabangsa tahun ini.

Buat mereka yang mahukan EV dengan jarak pemanduan jauh, sedan EV4 dengan bateri 81.4kWj boleh dipandu hingga 630km (mengikut ujian WLTP). Rekabentuk pula walaupun dinamakan sedan, EV4 sebenarnya membawa gaya fastback dan perincian unik, manakala EV4 hatchback pula lebih mudah dihadam.

Rekabentuk dan Falsafah

  • Berdasarkan falsafah Opposites United yang menggabungkan elemen alam dan teknologi manusia.
  • Menampilkan rekabentuk agresif dan moden dengan lampu depan vertikel, EV Tiger Face, dan spoiler dua bahagian.
  • Varian GT-Line menawarkan rekabentuk lebih aerodinamik dengan rim 19 inci motif segitiga.
  • Ruang dalaman minimalis dan futuristik dengan stereng asimetri dan unit infotainmen apung.

Bateri dan Prestasi

  • Ada dua pilihan bateri:
    • 58.3kWj (standard) – jarak 430km (sedan) | 410km (hatchback)
    • 81.4kWj (long-range) – jarak 630km (sedan) | 590km (hatchback)
  • Motor 150kW dengan pecutan 0-100kmj sepantas 7.4 saat
  • Pekali seretan ultra-rendah 0.23Cd dengan penutup penuh bawah badan untuk aerodinamik optimum.
  • Pengecasan pantas (DC) 10-80 peratus mengambil masa dalam 31 minit, manakala pengecasan AC 10-100 peratus mengambil masa 7 jam 15 minit.
  • Dilengkapi ciri V2L (Vehicle-to-Load) dan V2G (Vehicle-to-Grid) untuk mengecas peranti dan sambungan tenaga ke grid elektrik.

Teknologi dan Keselesaan Dalaman

  • Unit infotainmen Skrin Lebar: Saiz skrin 30 inci dengan ccNC (Connected Car Navigation Cockpit).
  • Kunci Digital Digital Key 2.0: Boleh buka dan mengawal kenderaan dengan telefon pintar atau Apple Watch.
  • Sistem Infotainmen Canggih: Menyokong aplikasi Netflix, YouTube, Disney+, permainan video dan karaoke.
  • i-Pedal 3.0: Sistem brek regeneratif pintar untuk pemanduan lebih lancar dan cekap.
  • Ruang Dalaman Fleksibel: Konsol boleh gelungsur, tempat duduk depan dengan mod rehat.

Teknologi ADAS dan Keselamatan

  • Menetapkan sasaran rating 5-bintang Euro NCAP dan US NCAP.
  • Struktur badan diperkuat dengan bumbung mampu menampung lebih lima kali berat kenderaan.
  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya 2 (HDA2)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Susur Lorong (LFA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Lintas Belakang (RCCA)
  • Bantuan Keluar Kenderaan Selamat (SEA)
  • Bantuan Parkir Pintar 2 (SPA2)
  • Bantuan Parkir Pintar Jauh (RSPA)
  • Paparan Pandang Keliling (SVM)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Parkir (PCA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA)
  • Kawalan Jelajah Pintar Berasaskan Navigasi (NSCC)
  • Bantuan Lampu Tinggi (HBA)

Sistem Suspensi dan Pengendalian

  • Suspensi MacPherson strut khas EV di depan, dan multi-link di belakang untuk kestabilan tinggi.
  • Injap SFD3 frequency-responsive dan penyendal suspensi Hydro G untuk meningkatkan keselesaan.
  • Geometri FWD dipertingkat dan pengukuhan badan canggih di beberapa bahagian utama membantu pengendalian dan mengurangkan defleksi stereng hingga 50 peratus untuk kawalan lebih tajam.

Sedan Kia EV4 dikeluarkan di Autoland Gwangmyeong EVO, Korea, manakala hatchback hanya di Slovakia (untuk pasaran Eropah sahaja).

Pengeluaran untuk Amerika Utara dan pasaran lain akan dirancang kemudian. Mengenai pelancaran, Korea mendahului pada Mac ini, disusuli Eropah, Amerika Utara dan pasaran lain pada separuh kedua 2025.

Spesifikasi Penuh Kia EV4 2025

kia-ev4-2025-bg
Kia EV4 2025.01
Kia EV4 2025.02
Kia EV4 2025.03
Kia EV4 2025.02
Kia EV4 2025.01
Kia EV4 Hathcback 2025.01
Kia EV4 GT-Line Hathcback 2025.01
Kia EV4 GT-Line 2025.02
Kia EV4 GT-Line 2025.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kia, Kia EV4, Kia EV4 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev