• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jenama Geely Kembali Semula ke Filipina, Buka Tempahan SUV Elektrik EX5

Jenama Geely Kembali Semula ke Filipina, Buka Tempahan SUV Elektrik EX5

February 26, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


GEELY kembali semula ke pasaran Filipina dengan Geely Motor Philippines (GMP) dan satu satu model yang ditayangkan ialah Geely EX5 (Malaysia: Proton e.MAS7).

Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh (EV) itu dilihat sebagai pencabar baharu kepada BYD Atto 3 di negara berkenaan. Malah GMP juga dilaporkan sudah membuka pratempahan untuk EX5.

Portal Autoindustriya melaporkan, walaupun tempahan awal sudah dibuka, maklumat perincian rasmi mengenai varian EV itu masih terlalu ringkas.

Namun, Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) ada menyiarkan dokumen homologasi untuk Geely EX5 yang mengandungi beberapa lagi maklumat penting.

Berdasarkan dokumen itu, EX5 akan dilengkapi seunit motor elektrik tunggal dengan tetapan pacuan roda depan (FWD) yang menghasilkan kuasa 215hp dan tork 320Nm.

EV itu juga dilabel sebagai EX5 Max dan dipercayai akan menggunakan pek bateri 60.2kWh yang menawarkan jarak pemanduan hingga 425km.

Maklumat lain didedahkan ialah EV itu menyokong kapasiti pengecasan pantas (DC) 100kW yang mengambil masa 20 minit untuk mengecas 30-80 peratus.

Pengecasan biasa (AC) hingga bateri penuh pula memerlukan masa kira-kira 6.1 jam. Geely EX5 turut menyokong pengecasan hingga 11kW untuk AC. Kenderaan itu juga dilengkapi ciri vehicle-to-load (V2L) dan sistem pemindahan kuasa vehicle-to-vehicle (V2V).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: autoterkini, BYD Atto 3, Geely Motor Philippines (GMP, Pejabat Pengangkutan Darat (LTO), Proton eMAS7, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my