POLIS sedang mencari pemandu kereta sport Audi TT selepas satu insiden kemalangan membabitkan empat kenderaan lain di Johor.
Insiden itu berlaku semalam, kira-kira jam 7.15 petang di Jalan Serigala di Johor Bahru, Johor. Bagaimanapun, pemandu kereta jenama Jerman itu dikatakan hilang.
Menurut kenyataan polis, Audi TT itu bertembung dengan sedan Proton Persona sebelum hilang kawalan dan merempuh tiga kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan di Jalan Serigala.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan serius.
Beliau berkata;
Siasatan awal mendapati kereta Audi TT yang datang dari Jalan Dato Sulaiman bertembung dengan Proton Persona dari arah Jalan Harimau.
"Akibat perlanggaran itu, pemandu Audi TT dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiga kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan. Pemandu Audi TT juga didapati tiada di lokasi kejadian dan masih belum tampil membuat laporan kemalangan."
Polis kini sedang mengesan pemandu Audi itu untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 iaitu gagal mengawal kenderaan.
Leave a Reply