• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terima Lebih 3k Penyertaan, UMW Toyota Rai Bakat Pelukis Muda Malaysia

Terima Lebih 3k Penyertaan, UMW Toyota Rai Bakat Pelukis Muda Malaysia

February 25, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) meraikan pelukis muda cemerlang di Pertandingan Seni Kereta Impian Toyota (DCAC) ke-18 2025 dengan tema ‘Kereta Impian Anda’.

DCAC bukan sekadar pertandingan, tetapi platform untuk memberi inspirasi kepada generasi muda dalam membayangkan masa depan lebih cerah.

Majlis itu menghargai bakat luar biasa peserta, dan sokongan kukuh diberikan keluarga dan pendidik mereka. UMWT terus komited dalam memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan generasi muda.

Pertandingan itu menggalakkan kreativiti yang sejajar m misi Toyota dalam ‘Mewujudkan Kebahagiaan untuk Semua’. Melalui pertandingan tersebut, kanak-kanak diberi peluang meluahkan harapan dan visi masa depan mereka melalui seni, dengan kereta impian sebagai simbol harapan.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata;

Di UMW Toyota, kami percaya dalam memupuk kreativiti dan imaginasi generasi masa depan. Pertandingan Seni Kereta Impian membolehkan kanak-kanak menzahirkan pandangan unik terhadap mobiliti dan impian dunia mereka. Melihat semangat mereka adalah sangat menginspirasikan."

Tahun ini, pertandingan mendapat sambutan luar biasa dengan 3,243 karya seni diterima. UMWT turut berkolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri, yang memberi dorongan kepada penyertaan sekolah-sekolah Kerajaan.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Kepong 1 menerima hadiah khas untuk karya seni kreatif mereka.

Berikut pemenang pertandingan:

Kategori 1 (7 tahun dan ke bawah)

  • Hadiah Pertama: Mia Lee Su Wei - Happiness Express
  • Hadiah Kedua: Wong Lii Enn - Cool Rescue Car
  • Hadiah Ketiga: Aryan Ayden Mark - Pioneering The Future, Honoring Mother Nature

Kategori 2 (8-11 tahun)

  • Hadiah Pertama: Wong Jing Xuan - Breezy Bunny Car
  • Hadiah Kedua: Wong Ean Jun - My Space Car
  • Hadiah Ketiga: Agnes Yoon Li Xin - Futuristic Mobility Living Car
Kategori 3 (12-15 tahun)
  • Hadiah Pertama: Kaylyn Lim - Traveling To Dimensions
  • Hadiah Kedua: Zeti Nurhumaira Harumi - My Cyber Future Royal Blue Car
  • Hadiah Ketiga: Ng Jin Xuan - An Incredible Sport Car

Ketiga-tiga karya terbaik setiap kategori akan dihantar ke Pertandingan Dunia di Jepun pada April hingga Jun 2025, dan pemenang global akan diumumkan pada Ogos 2025. Lihat karya seni pemenang negara, lawati toyota.com.my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Pertandingan Seni Kereta Impian Toyota Ke-18 2025 (DCAC), UMW Toyota (UMWT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev