• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Manfaat Tempoh Pemeriksaan 14 Hari Awal Dibenarkan JPJ

Puspakom Manfaat Tempoh Pemeriksaan 14 Hari Awal Dibenarkan JPJ

February 25, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PUSPAKOM Sdn Bhd (Puspakom) menjawab kebimbangan orang ramai mengenai perkhidmatan dan prosedur pemeriksaan selepas tindakan penguatkuasaan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Langkah itu menyebabkan pemeriksaan lebih ketat dan penurunan sementara keyakinan awam. Bagi mengekalkan integriti dan pematuhan, pemeriksa kenderaan Puspakom (VE) kini menjalankan pemeriksaan dengan lebih teliti.

Ini menyebabkan masa pemeriksaan meningkat dan ramai pemilik kenderaan menghubungi pusat panggilan Puspakom untuk menyelesaikan isu berkenaan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, beberapa proses diubah untuk memastikan pemeriksa kenderaan tidak terbeban dengan kerja berlebihan yang boleh menjejaskan kecekapan.

Bagi meningkatkan kecekapan pula, Puspakom menggantung sementara pemeriksaan walk-in, termasuk pemeriksaan semula (Berkala Semula).

Langkah itu diambil untuk mengelakkan kesesakan dan memastikan penilaian lebih teliti. Beberapa cawangan besar pula beroperasi lebih lewat dari jam 10 malam, walaupun sebelum ini lebih lama.

Mahmood Razak menggesa pemilik kenderaan

memanfaatkan tempoh pemeriksaan 14 hari lebih awal yang dibenarkan pihak berkuasa. Puspakom turut mengkaji semula waktu operasi dan kapasiti untuk menampung lebih ramai pelanggan, dengan pilihan pemeriksaan mudah alih tersedia pada bayaran tambahan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PUSPAKOM Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my