• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CFMoto 675SR-R, 500SR Voom 2025 Kini Ada di Pasaran Seluruh Negara

CFMoto 675SR-R, 500SR Voom 2025 Kini Ada di Pasaran Seluruh Negara

February 21, 2025 By Shawkath Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CFMOTO Malaysia mengumumkan dua model dilancarkan sebelum ini, iaitu CFMoto 675SR-R dan CFMoto 500SR Voom kini boleh didapati menerusi rangkaian pengedar rasmi seluruh negara.

CFMoto 500SR Voom ialah sportbike gaya retro dalam dua warna pilihan Zephyr Blue (biru) dan Nebula White (putih) yang dilancarkan pada harga RM35,888. CFMoto 675SR-R (foto bawah kiri)dengan rekabentuk sportbike tulen ditawarkan pada harga RM37,888 dalam pilihan warna Nebula White (putih) dan Nebula Black (hitam). Kedua-dua harga itu tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

500SR Voom (foto bawah kanan) dijana enjin 4-silinder sebaris 499cc dengan output kuasa 77.8hp @ 12,500rpm, dan tork 49Nm @ 10,000rpm.

Sportbike ini memiliki kapasiti tangki minyak 15.5 liter dan dilengkapi teknologi Sistem Udara Ram-Air untuk saluran udara bertekanan tinggi ke kebuk pembakaran.

675SR-R pula diperkenalkan semula sempena CFMoto Global Media Launch & Global Distributor Conference 2025 di Litar Algarve, Portugal, baru-baru ini.

Sportbike itu dijana enjin 3-silinder sebaris 675cc DOHC dengan output kuasa 94hp @ 11,000rpm, dan tork 70Nm @ 8,250rpm, manakala kapasiti tangki minyak 15 liter dan berat cuma 195kg.

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: CFMOTO 500SR VOOM, CFMOTO 675SR-R, CFMOTO Malaysia, roda2, Sportbike Middleweight

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev