• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bosch MA Lancar Lapan Produk Alat Ganti Automotif Baharu untuk Pelanggan Malaysia

Bosch MA Lancar Lapan Produk Alat Ganti Automotif Baharu untuk Pelanggan Malaysia

February 21, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BOSCH Mobility Aftermarket (Bosch MA) memperkenalkan barisan produk alat ganti terbaharu yang dibangunkan berasaskan teknologi terkini untuk keperluan pengguna kenderaan negara ini.

Ada lapan produk baharu dilancarkan dengan setiap satu direka untuk meningkatkan prestasi kenderaan pengguna kepada tahap optimum, memperkukuh aspek keselamatan dan memaksimumkan kecekapan. Ini untuk memastikan setiap perjalanan lebih lancar, selamat dan berdaya tahan.

Pengarah Perniagaan Negara Bosch Mobility Aftermarket Malaysia, Dillion Goh Kian Chiang berkata;

Kami teruja memperkenal produk canggih ini kepada pihak berkepentingan, seiring komitmen teguh kami untuk terus menawarkan hanya yang terbaik daripada jenama dipercayai sejak lebih 100 tahun.

"Keunggulan kualiti dan kepakaran industri yang menjadi nadi Bosch kini diperkukuh dengan hala tuju baharu kami iaitu Driver’s Choice: Ask for Bosch.

"Pendekatan ini bukan sekadar langkah ke depan dalam inovasi, tetapi juga bukti nyata dedikasi kami dalam menyediakan komponen automotif berkualiti tinggi dan teknologi canggih yang memenuhi jangkaan pelanggan kami."

Berikut lapan alat ganti dan produk baharu daripada Bosch MA:

1. Wiper Cermin Clear Advantage TL

  • Direka untuk ketahanan lebih tinggi dan kebolehsesuaian lebih baik untuk kenderaan baharu buatan Jepun.
  • Proses pengelapan lebih senyap dalam apa jua kondisi cuaca.

2. Bateri EFB (M42R)

  • Direka untuk kenderaan mula-henti (start-stop) dan diuji hingga 36,000 kitaran.
  • Berkuasa tinggi dengan 400 Cold Cranking Amps (CCA) dan 40 Amp Hours (Ah) untuk jangka hayat lebih lama.

3. Pengecas Bateri C70B

  • Pengecasan cekap dengan mod sokongan terbina dalam untuk meningkatkan aspek penggunaan.
  • Pengecasan pintar dengan tetapan memori tersedia.
  • Ketahanan kalis air IP65 yang diperakui dan pengecasan automatik menerusi butang intuitif.

4. Palam Pencucuh EVO

  • Jangka hayat lebih lama hasil penggunaan pin iridium dan plat platinum untuk menawarkan prestasi optimum.
  • Struktur mekanikal dan elektrik teguh untuk ketahanan lebih baik dan keupayaan dielektrik tinggi.
  • Rekabentuk penebat dipertingkat dan salutan nikel untuk perlindungan kakisan lebih baik.

5. Minyak Enjin

  • Direka untuk memberi pelinciran prestasi tinggi untuk kecekapan enjin optimum dalam semua kondisi.
  • Mengoptimum kecekapan untuk penjimatan bahan api lebih baik dan tahap penggunaan lebih rendah.
  • Melindungi sistem ekzos, mengurangkan emisi dan mengekalkan kestabilan pelinciran.

6. Pad Brek Seramik

  • Bahan plat sokongan kekuatan tinggi untuk mengurangkan lenturan pad dan direka khas untuk kenderaan buatan Malaysia.
  • Rekabentuk penahan pemisah bunyi untuk saringan bunyi lebih baik.
  • Formulasi geseran sepadan dengan kenderaan untuk keberkesanan brek dalam semua situasi pemanduan.

7. Kompaun Brek Cakera

  • Mengurangkan berat kenderaan dan jisim bebas suspensi untuk meningkatkan keselesaan dan kawalan pemanduan.
  • Kapasiti haba dan keraliran udara panas dipertingkat yang membolehkan aspek penyejukan lebih pantas.
  • Memenuhi dan menjangkaui piawaian ECER 90 dan dibangunkan untuk kenderaan kontinental.

8. Bendalir Brek ENV6

  • Sesuai untuk DOT3, DOT4, DOT5.1 dan Class6 dengan sifat antikakisan.
  • Jangka hayat servis lebih panjang dan memenuhi piawaian OE.
  • Dibangunkan untuk kenderaan kontinental dan sesuai kegunaan kenderaan buatan Jepun untuk prestasi brek lebih baik.

Maklumat lanjut boleh layari laman web Bosch. Selain itu, semua barangan di atas boleh didapati di laman e-dagang Shopee rasmi Bosch Automotive.

bosch - 2
bosch - 5
bosch - 3
bosch - 18
bosch - 25
bosch - 26
bosch - 27
bosch - 32
bosch - 90
bosch - 89

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, autoterkini, Bosch Mobility Aftermarket, Dillion Goh Kian Chiang, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev