• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peluasan Larangan Kenderaan Berat di Lembah Klang Kurangkan Kesesakan 30 Peratus

Peluasan Larangan Kenderaan Berat di Lembah Klang Kurangkan Kesesakan 30 Peratus

February 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


LARANGAN pergerakan kenderaan berat pada waktu puncak di lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang, yang berkuatkuasa 19 Februari lalu, berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas hingga 30 peratus.

Pegawai Turus Zon Tengah B JSPT Bukit Aman, Asisten Superintendan Amir Che Ya berkata, tujuan utama larangan ini adalah memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya, merancang perjalanan lebih baik, dan melancarkan aliran trafik.

Tinjauan dilakukan dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan penguatkuasaan itu dapat menambah baik aliran trafik pada waktu puncak.

Pemandu kenderaan berat dilihat menyusun jadual perjalanan dengan baik, dan bagi perjalanan jauh, mereka berhenti di lokasi disediakan untuk berehat.

Lebuh raya terlibat dengan larangan itu adalah;

  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

Pemandu yang melanggar larangan tersebut boleh dikenakan kompaun minimum RM300 bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bagi menyokong pelaksanaan larangan itu, PLUS menyediakan tambahan 57 petak parkir di R&R Dengkil Arah Utara, Selangor.

Parkir tersebut membolehkan kenderaan berat berhenti dan berehat sementara menunggu melanjutkan perjalanan. PLUS juga merancang menambah lagi ruang parkir di sepanjang laluan PLUS pada masa depan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Larangan Pergerakan Kenderaan Berat, PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev