• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tesla Model Y Kini Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM195k

Tesla Model Y Kini Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM195k

February 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS pelancaran kenderaan elektrik (EV), Tesla Model Y baharu di Singapura baru-baru ini, kini Tesla secara rasmi melancarkan model tersebut untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM195,450.

Bagi pasaran Malaysia, model itu didatangkan dalam pilihan varian Standard dalam pacuan roda belakang (RWD) dan Long Range dalam pacuan semua roda (AWD). Malah, turut menawarkan warna dalaman baharu menarik, iaitu Glacier Blue (biru).

Berikut harga kedua-dua varian:

  • Tesla Model Y RWD - RM195,450
  • Tesla Model Y AWD - RM242,450

Bagaimanapun, harga ditawarkan itu tidak termasuk bayaran tambahan untuk aksesori dan pilihan warna luaran dan dalaman kenderaan.

Dari segi rekabentuk, sekali pandang, model tersebut memang berbeza daripada Model Y sebelum ini dengan beberapa ciri utama seperti berikut:

Rekabentuk Siber Unik

  • Lampu depan silang dan lampu belakang baharu, serta rekabentuk pintu but mengambil ilham Cybercab dan Cybertruck untuk sentuhan futuristik.

Edisi Pelancaran Eksklusif

  • Dilengkapi lencana pelancaran di bahagian belakang, lencana cahaya ‘puddle’ dan plat pintu dengan tulisan ‘launch’ yang memberikan sambutan khas setiap kali memasuki kereta.

Rekabentuk Dalaman Eksklusif

  • Warna dalaman baharu Glacier Blue menarik, konsol pengecas dan karpet lantai dengan aksen perak, serta trim dalaman sued serba hitam.

Kabin

  • Dilengkapi kaca dua lapisan untuk semua tingkap dan bumbung suria panoramik dengan salutan perak untuk mengurangkan sinaran UV dan haba memasuki kabin.

Roda

  • Rekabentuk rim baharu dan difuser belakang membantu mengurangkan rintangan udara selain menambah kestabilan dan kecekapan ketika pemanduan pada halaju tinggi.

Kerusi

  • Kedudukan kerusi penumpang belakang boleh diubah dan mudah serta boleh dilipat menggunakan kuasa elektrik untuk memberikan ruang kabin lebih luas.

Ciri Signatur Model 3

  • Lampu ambien, kerusi depan ventilasi, dan paparan skrin untuk penumpang barisan kedua juga disertakan.

Maklumat lanjut boleh hubungi Tesla Malaysia di 1 800 810 655 atau kunjungi Tesla Experience Centre.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Tesla, Tesla Model Y

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my