• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shell FuelSave Diesel Baharu Di Semenanjung, Pemanduan 19KM Lebih Jauh Setiap Tangki

Shell FuelSave Diesel Baharu Di Semenanjung, Pemanduan 19KM Lebih Jauh Setiap Tangki

February 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS kejayaan pelancarannya di Malaysia Timur, Shell Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran Shell FuelSave Diesel yang diperbaharui di Semenanjung Malaysia.

Formula terbaru ini merupakan bahan api diesel yang paling efisien dari Shell setakat ini, menawarkan jarak sehingga 19 kilometer lebih jauh bagi setiap tangki, membolehkan pelanggan menikmati perjalanan yang lebih panjang.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Pengurus Besar Shell Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Shell sentiasa komited untuk memberikan lebih nilai kepada rakyat Malaysia dengan meningkatkan penawaran kami. Ketika rakyat Malaysia berhadapan dengan perubahan seperti rasionalisasi subsidi bahan api, Shell FuelSave Diesel Baharu menyediakan penyelesaian yang praktikal, membantu pemandu menempuh jarak lebih jauh dengan setiap tangki bahan api.”

“Sama ada memandu kereta diesel di jalan raya yang sibuk di Kuala Lumpur, memandu trak pacuan empat roda dengan muatan berat di lereng bukit Cameron Highlands, atau merentasi jalan kampung dan laluan berlumpur ke Terengganu, Shell FuelSave Diesel Baharu direka untuk memberikan prestasi terbaik dalam pelbagai keadaan jalan raya.”

Shell FuelSave Diesel Baharu dihasilkan selepas lebih lima tahun penyelidikan dan ujian intensif oleh 150 orang saintis. Ia menawarkan beberapa kelebihan berikut:

  • Kini mampu memandu sehingga 19 KM lebih jauh setiap tangki, memberikan perjalanan yang lebih panjang.
  • Membersihkan enjin secara mendalam, menghapuskan hingga 65 peratus deposit enjin yang berbahaya dan melindungi daripada pembentukan deposit baru.
  • Kini dengan aditif dwi-tindakan yang bertujuan menanggalkan deposit berbahaya dan melindungi keadaan enjin.

Shell FuelSave bukan hanya tentang kecekapan bahan api, ia juga mencerminkan komitmen Shell untuk menjadikan perjalanan lebih baik dengan nilai dan kemudahan yang maksimum. Untuk maklumat lanjut mengenai Shell FuelSave Diesel, layari www.shell.com.my.

shell-diesel-8
shell-diesel-6
shell-diesel-4
shell-diesel-7

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bahan Api Diesel, Shell FuelSave Diesel, Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev