• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Takata Rancang Failkan Muflis, Mahu Jual Aset Kepada Syarikat Alat Ganti Amerika

Takata Rancang Failkan Muflis, Mahu Jual Aset Kepada Syarikat Alat Ganti Amerika

June 18, 2017 By Han Othman Leave a Comment

716
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN tidak tahan dengan pelbagai cubaan demi cubaan, syarikat pengeluar beg udara kontroversi, Takata kini sedang cuba memfailkan perintah muflis daripada mahkamah. Menurut satu sumber Reuters, pembekal alat ganti dari Jepun itu berusaha menamatkan segala kemelut yang berlaku seawal minggu hadapan.

Namun, jika arahan kebankrapan dapat dicapai, itu bukanlah bermakna Takata bakal menghembuskan nafas yang terakhir. Ini kerana sebuah syarikat pembuat alat ganti dari Amerika Syarikat (AS), Key Safety Systems berminat memiliki aset firma Jepun tersebut untuk menjadi sebahagian penstrukturan semula kebankrapan di bawah syarikat baharu dengan nilai AS$1.6 bilion (RM6.84 bilion).

BUKA BUKU BARU

beg-udara-takata
logo-takata
inflator-beg-udara

Syarikat yang baru diasaskan di bawah Key itu dijangka meneruskan urusniaga membekalkan beg udara, tali pinggang keledar dan produk lain kepada pengeluar automotif, manakala liabiliti sedia ada diletakkan dalam entiti berasingan.

Rundingan dengan Key itu, bagaimanapun, mungkin tidak dapat dicapai selagi Takata tidak memfailkan perintah muflis, kata sumber itu.

Tiada sebarang maklum balas daripada Takata, tetapi pada masa sama Bursa Saham Tokyo mengumumkan menggantung semua urusniaga saham milik pengeluar alat ganti itu berikutan laporan media bahawa Takata sedang dalam proses memfailkan perintah muflis.

BACA >>> 7 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Tentang Isu Beg Udara Takata

Pada awal tahun ini, Takata mengaku bersalah atas salah laku jenayah dan bersetuju membayar penyelesaian AS$1 bilion (RM4.27 bilion). Takata juga sudah membayar AS$25 juta (RM106 juta) sebagai denda, manakala AS$125 juta (RM534 juta) lagi sebagai dana ganti rugi mangsa. Baki selebihnya berjumlah AS$850 juta (RM3.63 bilion) adalah tunggakan hutang kepada pengeluar yang perlu dibayar sehingga awal 2018 atau dalam masa 5 hari sekiranya mendapat tajaan.

Takata membekalkan kira-kira 100 juta inflator beg udara rosak kepada pelbagai pengeluar automotif seluruh dunia yang dikenal disebabkan degradasi bahan kimia yang menyebabkan beg udara meletup hingga meledakkan serpihan inflator dan penutup beg udara, sekali gus mencederakan pemandu atau penumpang depan​. Setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya 16 kematian berlaku dengan lebih 180 kecederaan seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali mencatatkan beberapa kes kematian akibat beg udara Takata meletup.

BACA >>> Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup

SUMBER: Car Scoops

Related

716
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, beg udara, Beg udara takata, Key Safety Sistems, muflis, Takata

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev