• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kenderaan Elektrik (EV) / Mazda Labur 5b Baht (RM675j) untuk Hab SUV Kecil di Thailand, Mahu Pasarkan Mazda 6e

Mazda Labur 5b Baht (RM675j) untuk Hab SUV Kecil di Thailand, Mahu Pasarkan Mazda 6e

February 17, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

MAZDA dan  Mazda Thailand akan melabur 5 bilion baht (RM657 juta) dalam pangkalan pengeluaran mereka di Thailand dengan AutoAlliance (Thailand) Co Ltd sebagai hab pengeluaran untuk SUV kompak baharu.

Fasiliti dinaik taraf itu akan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan 100,000 unit, dan Mazda akan memanfaatkan rantaian bekalan tempatan kukuh yang sudah dibangunkan di Thailand.

Mazda sudah lama bertapak di Thailand dan perancangan iitu memanfaatkan kekuatan rantai bekalan tempatan yang telah dibangunkan.

Langkah ini akan meningkatkan peranan Thailand sebagai hab eksport, terutama ke pasaran Jepun dan Asean, yang dijangka terus berkembang.

Mazda juga akan memperkukuh kedudukan di pasaran Thailand, yang sudah beroperasi 70 tahun. Malah, Mazda juga merancang memperkenalkan lima model di Thailand membabitkan:

  • Dua model EV bateri (BEV)
  • Satu model plug-in hibrid
  • Dua model hibrid

Tawaran itu bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan di Thailand, seiring perkembangan elektrifikasi.

Tidak berahsia, satu daripada model EV itu ialah Mazda 6e yang diperkenal di China pada April 2024 sebagai EZ-6 yang mula dijual pada November 2024. Mazda 6e juga disahkan memasuki pasaran Eropah.

Mazda 6e dihasilkan Changan Mazda Automobile Co Ltd, iaitu usahasama antara Mazda dan Changan Automobile (Chongqing Changan Automobile Co Ltd).

Tanpa menunggu lebih lama Mazda 6e untuk pasaran Thailand dijadualkan diperkenalkan pada 2025.

Ini bukan salinan bulat-bulat daripada model Deepal SL03, Mazda 6e menggabungkan rekabentuk ikonik, pengalaman pemanduan dan hasil kerja Mazda dengan teknologi elektrik dan pintar Changan. Model tersebut hasil daripada perkongsian jangka panjang antara kedua-dua syarikat.

Ciri Mazda 6e (Eropah)

  • Dimensi: panjang 4,921mm, lebar 1,890mm, dan tinggi 1,491mm, manakala jarak roda 2,895mm
  • Kapasiti bateri: 80kWh (68.8kWh)
  • Jarak pemanduan: 552km (479km)
Mazda Thailand 2025
Mazda6e Eropah.03
Mazda6e Eropah.04
Mazda6e Eropah.01
Mazda6e Eropah.02
Mazda6e Eropah.13
Mazda6e Eropah.12
Mazda6e Eropah.11
Mazda6e Eropah.10
Mazda6e Eropah.09
Mazda6e Eropah.08
Mazda6e Eropah.07
Mazda6e Eropah.06
Mazda6e Eropah.05

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: mazda, MAZDA6e

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev