SUBSIDIARI pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Denza hari ini memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik baharu, Denza D9 kepada umum.
MPV serba mewah itu didatangkan dalam dua varian pilihan: Advanced dengan sistem pacuan roda depan (FWD), dan Premium dengan sistem pacuan semua roda (AWD). Ada tiga warna pilihan ditawarkan, iaitu Arthic White (putih), Whale Sea Blue (biru), dan Cosmos Black (hitam).
Kedua-dua varian menggunakan jenis bateri bilah sama. jenis litium besi fosfat (LFP) dengan varian Premium ada tambahan motor elektrik belakang bagi membantu meningkatkan lagi prestasi kenderaan.
Namun, perbezaan dua varian itu cuma dari segi motor elektrik, manakala aspek lain sama saja seperti rekabentuk luaran dan dalaman. Berikut perincian Denza D9:
Denza D9 Advanced (FWD)
- Output kuasa 230kW (313ps), dan tork 360Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 9.5 saat
- Jarak pemanduan 600km (NEDC), atau 620km (CLTC)
- Kapasiti bateri 103kWj
- Pengecasan pantas (DC) 166kW dengan tempoh mengecas 30-80 peratus mengambil masa 30 minit, dan pengecas standard (AC) 11kW dengan tempah mengecas 10 minit untuk jarak perjalanan 150km
- Suspensi jenis Frequency Selective Damper (untuk FWD)
Denza D9 Premium (AWD)
- Output kuasa 275kW (374ps), dan tork 470Nm
- Motor tambahan 45kW (61ps), dan tork 110Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 6.9 saat
- Jarak pemanduan 580km (NEDC) atau 600km (CLTC)
- Kapasiti bateri 103kWj
- Pengecas pantas (DC) 166kW untuk cas 30-80 peratus mengambil masa 30 minit, manakala pengecas standard (AC) 11kW mengambil masa 10 minit untuk jarak perjalanan 150km
- Suspensi jenis DiSus-C Intelligent Damping Body Control System (untuk AWD)
Berikut spesifikasi standard kedua-dua varian:
Ciri Luaran
- Lampu utama LED automatik
- Lampu brek bentuk panah (arrow)
- Rim aloi 18 inci
- Pintu gelangsar dan pintu but elektrik
Ciri Dalaman
- Unit infotainmen 15.6 inci skrin sentuh dan kluster instrumen digital 10.25 inci
- Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
- Sistem audio Dynaaudio dengan 14 pembesar suara
- Tiga port pengecasan wayarless 50W
- Ada enam port USB
- Kemasan upholsteri kulit premium
- Kerusi depan boleh laras 6-tetapan, berserta fungsi urut dan memori
- Kerusi kapten di tempat duduk baris kedua kawalan elektrik pada perehat tangan jenis boleh laras 10-tetapan
- Kerusi belakang boleh laras manual 6-tetapan
- Ada bumbung panaromik
- Ada ruang peti ais dengan kawalan suhu 6ºC-50ºC
- Kabin dengan lampu ambien
- Sistem penulen udara PM2.5
Leave a Reply