• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar: Petronas Dijangka Kekal Beri Dividen RM32b Walaupun Sudah Iktiraf Petros

Pakar: Petronas Dijangka Kekal Beri Dividen RM32b Walaupun Sudah Iktiraf Petros

February 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PETRONAS dijangka dapat terus memberikan dividen sekurang-kurangnya RM32 bilion kepada kerajaan pada tahun ini dan tahun depan, walaupun baru-baru ini syarikat itu mengiktiraf Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal Sarawak.

Pakar ekonomi dari Universiti College i-CATS, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, jumlah dividen yang diberikan Petronas lebih bergantung kepada pengeluaran dan harga minyak mentah global yang masih stabil, malah ia masih mampu memberikan pulangan hampir sama seperti tahun lalu dalam tempoh setahun dua ini.

Menurut Shazali, meskipun Petronas kini menyusun semula strukturnya dengan pengiktirafan kepada Petros, ia tidak memberi kesan besar kerana Petronas mempunyai operasi yang lebih luas di pasaran global, seperti di Sudan dan Iraq.

Tambahnya, Petronas juga disenaraikan sebagai antara 500 jenama paling berharga dunia oleh firma penilaian jenama global, Brand Finance.

Shazali menegaskan bahawa pengiktirafan Petros sebagai agregator gas Sarawak bukan faktor utama dalam penyusunan semula Petronas kerana perjanjian asal dengan pihak ketiga termasuk Petros masih tidak berubah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik turut menjelaskan bahawa langkah penyusunan semula itu dilakukan bagi memastikan syarikat minyak nasional itu terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Petronas kini memiliki 52,000 pekerja, dengan 16,000 daripadanya adalah pemangkin utama. Walaupun wujud pertikaian yang berlanjutan antara Petronas dan Petros mengenai hak pengedaran gas di Sarawak, Shazali berpendapat jika Petros berjaya meraih keuntungan, kerajaan pusat juga akan mendapat pulangan melalui hasil cukai.

Shazali melihat Petros sebagai rakan strategik berpotensi tinggi kepada Petronas, kerana syarikat ini sedang berkembang pesat dan mempunyai peluang besar untuk pertumbuhan.

Kolaborasi antara kedua-dua syarikat ini bukan sahaja memberi manfaat di Sarawak tetapi juga boleh membuka peluang baru dalam pasaran global, seperti di Timor-Leste dan Afrika. Selain itu, jika terdapat kekangan dalam penerokaan pasaran baru sebelum ini, kolaborasi dengan Petros dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my