• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / LLM Perluas Larangan Kenderaan Berat Masuk Lebuh Raya Waktu Puncak, Mula 19 Februari Ini

LLM Perluas Larangan Kenderaan Berat Masuk Lebuh Raya Waktu Puncak, Mula 19 Februari Ini

February 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) bakal memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang bermula 19 Februari ini.

Langkah itu bertujuan melancarkan pergerakan trafik di kawasan tersebut, terutama di kawasan bandar raya. Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun berkata, larangan berkenaan melibatkan lebuh raya seperti berikut:

  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

Pelaksanaan larangan itu sudah diwartakan pada 21 Oktober tahun lalu dan menjasi inisiatif bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).

Kenderaan berat yang terlibat dalam larangan itu termasuk kenderaan motor kelas 2 (dua gandar dan enam roda, kecuali bas) dan kenderaan motor kelas 3 (tiga gandar atau lebih, kecuali bas).

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kenderaan berat yang terlibat dengan kerja pembersihan, penghantaran sisa domestik, perkhidmatan kecemasan, penguatkuasaan, dan penyelenggaraan lebuh raya.

Larangan itu akan berkuat kuasa Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am) bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.

LLM juga menyeru semua pemilik dan pemandu kenderaan berat supaya mematuhi waktu larangan itu bagi memastikan kelancaran trafik.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR), kenderaan berat, Larangan Kenderaan Berat Masuk Lebuh raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my