• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kilang Proton NEV Pecah Tanah di Tanjung Malim, Model CKD e.MAS 7 Bakal Muncul

Kilang Proton NEV Pecah Tanah di Tanjung Malim, Model CKD e.MAS 7 Bakal Muncul

February 7, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON sebentar tadi menyempurkan majlis pecah tanah pembinaan kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (Automotive Hi-Tech Valley, AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

Ketua Kejuruteraan Pembuatan Proton, Wan Yousry Mohamed (foto bawah) menjelaskan pembangunan kilang EV pertama nasional itu menelan belanja RM82 juta melibatkan dua peringkat.

Fasa pertama dijangka siap menjelang akhir tahun ini atas tanah seluas 9,600 meter persegi dengan kapasiti pengeluaran awal 20,000 unit kenderaan setahun.

Pada peringkat pertama, fasiliti itu akan mengeluarkan pelbagai model berasaskan platform Arkitektur Modular Global (GMA) bermula Proton e.MAS 7.

Namun, tiada maklumat tarikh fasa kedua pembinaan kilang akan bermula, dan apa didedahkan cuma keluasan 14,400 meter persegi yang mampu mengeluarkan 45,000 unit.

Fasiliti terbaharu itu akan membuka kira-kira 200 peluang pekerjaan dalam bidang EV. Kilang itu kelak akan dilengkapi teknologi pembuatan pintar untuk memastikan binaan produk berkualiti tinggi.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (foto atas, lima dari kiri), Ahli Lembaga Pengarah Proton, Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri MITI, Faizal Mohd Yusof dan CEO MARii, Azrul Reza Aziz.

Dr Li dalam kenyataan berkata;

Hari ini kami mengambil langkah seterusnya untuk merealisasikan impian menghasilkan dan membangunkan model EV di Malaysia. Kenderaan yang dikeluarkan di kilang baharu ini akan memenuhi keperluan pelanggan di pasaran tempatan dan eksport, serta menjadi pendorong kepada pertumbuhan pasaran EV.

"Selepas siap, pengeluaran di kilang baharu ini akan tertumpu kepada Proton e.MAS 7 dan tawaran NEV masa depan apabila Proton meluaskan barisan model.

"Akhirnya, kami berharap kejayaan ini akan mewujudkan ekosistem automotif moden dan berkemampuan untuk menggalakkan lebih banyak OEM menimbangkan Malaysia dan AHTV sebagai pangkalan EV serantau."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kilang EV Proton, Proton, Proton Berhad, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my