• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Labur RM1.6b Sepanjang 2025, Intai Peluang Tambah Baik Fasiliti, R&D

Perodua Labur RM1.6b Sepanjang 2025, Intai Peluang Tambah Baik Fasiliti, R&D

February 7, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

PERODUA meningkatkan perbelanjaan modal (CAPEX) kepada RM1.6 bilion tahun ini, dengan sebahagian besar pelaburan diperuntuk untuk menambah baik fasiliti, meningkatkan kapasiti pengeluaran, pembangunan model baharu, dan peralatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, jumlah RM1.6 bilion itu adalah dua kali ganda CAPEX bernilai RM797.5 juta pada 2024 kerana Perodua perlu melabur semula.

CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad

Pelaburan ini akan mengukuhkan kapasiti pembuatan, termasuk peringkat vendor, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti serta memperkukuh perancangan produk R&D (kajian dan pembangunan) dan pembangunan model baharu," katanya.

Menurutnya, Perodua kini sudah melepasi keupayaan pengeluaran dengan menghasilkan 368,100 unit kenderaan sepanjang tahun lalu (2024) yang melebihi kapasiti 320,000 unit bagi kedua-dua fasiliti.

Rekod 368,100 unit ini dicapai dengan meminimumkan masa henti, mengekalkan jadual penyelenggaraan, perancangan dinamik, termasuk koordinasi antara vendor dan pengedar kami, serta bertindak pantas mengatasi cabaran," katanya lagi.

Zainal Abidin berkata, 2025 akan menjadi batu loncatan bagi masa depan Perodua dengan penekanan kepada keupayaan pengeluaran yang lebih berdikari, terutama pembangunan produk masa depan.

Perodua kini sedang mempercepat pembangunan tenaga kerja bagi mencapai kebergantungan kendiri, dan akan menyebabkan penurunan pengeluaran dan jualan tahun ini.

Untuk 2025, kami menjangka pengeluaran menurun 4.9 peratus kepada 350,000 unit berbanding 368,100 unit pada 2024. Pengurangan ini dijangka menyebabkan pendaftaran kenderaan berkurang 3.7 peratus kepada 345,000 unit berbanding 358,102 unit tahun lalu.

"Walaupun kami merancang mengurangkan pengeluaran dan jualan, permintaan terhadap kenderaan kami masih kukuh dengan jumlah tempahan tertunggak 68,000 unit yang mana 28,000 tempahan sudah menerima surat akujanji tanpa stok," katanya.

Beliau juga menegaskan Perodua akan terus mengutamakan penghantaran sambil mengekalkan standard kualiti dan keselamatan syarikat itu.

Mengenai perniagaan selepas jualan, Perodua menjangka peningkatan jumlah pengambilan servis kepada 3.7 juta kenderaan tahun ini, meningkat 7.6 peratus daripada 3.4 juta pada 2024.

Perodua juga akan terus menyokong ekosistem automotif negara dengan anggaran pembelian komponen tempatan bernilai RM10.8 bilion daripada vendor dalam negara.

Selain pembelian komponen automotif, kami bekerjasama rapat dengan Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan vendor dan pengedar supaya kekal berdaya saing dalam industri ini.

"Ini termasuk meneroka potensi Industri 4.0 dalam memaksimumkan kecekapan operasi, menjalankan latihan dan menyediakan bantuan lain bagi pertumbuhan mampan.

"2025 akan menjadi tempoh menarik kerana kami bersiap sedia bersama rakan kongsi dalam menghadapi perubahan yang bakal tiba. Kami yakin apabila perubahan ini selesai, kami akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan dalam negara dan rantau ini," kata Zainal Abiding.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Perodua, Prestasi Perodua 2024, Rancangan Perodua 2025, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev