• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motosikal Tanpa Cukai Jalan Sejak 23 Tahun Lalu Kena Sita di Ipoh

Motosikal Tanpa Cukai Jalan Sejak 23 Tahun Lalu Kena Sita di Ipoh

February 6, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak menyita sebuah motosikal yang dikesan ditunggang di jalan raya tanpa cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) sejak 23 tahun lalu.

Motosikal itu dikesan dalam satu operasi JPJ di Silibin, Ipoh, Perak semalam.

Mengulas mengenai motosikal yang sudah tamat LKM sejak 2002, Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, motosikal itu ditunggang lelaki warga emas berusia 61 tahun yang juga pemilik sebuah bengkel motosikal.

Ketika ditahan, lelaki itu memberi alasan jarang membawa motosikal itu di jalan raya utama, tetapi sekadar mengelilingi kawasan taman perumahan.

Bagaimanapun, JPJ mengambil tindakan selepas mendapati pemilik itu melanggar Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana kesalahan tidak memperbaharui LKM boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

Sebanyak 1,450 kenderaan, terdiri daripada 950 motosikal, kereta (491) dan bas (5) diperiksa dalam operasi tersebut.

Tindakan diambil ke atas 584 kenderaan, membabitkan 566 motosikal dan 18 kereta dengan 626 notis dikeluarkan. Notis sitaan dikeluarkan untuk 15 motosikal dan dua kenderaan lain.

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lesen Kenderaan Motor (LKM), Mohammad Yusoff Abustan, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my