• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Umum Bina Kilang Lexus Baharu di Shanghai, Fokus kepada EV

Toyota Umum Bina Kilang Lexus Baharu di Shanghai, Fokus kepada EV

February 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Motor Corp baru-baru ini mengumumkan langkah strategik penting dengan pembinaan kilang baharu Lexus di Shanghai, China.

Langkah itu bertujuan mengukuhkan lagi kehadiran dan pengaruh pengeluar itu di pasaran China yang semakin berkembang pesat.

toyota-logo
lexus-logo

Agensi berita Xinhua melaporkan, kilang baharu itu dijangka mula beroperasi pada 2027, atau selewat-lewatnya beberapa tahun kemudian. Kilang tersebut akan menumpukan kepada pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dan juga bateri automotif, yang menjadi sebahagian komitmen Toyota untuk menyokong inisiatif hijau global.

Berbeza model perniagaan usahasama yang digunakan sebelum ini di China, kilang Lexus baharu itu akan dimiliki Toyota sepenuhnya.

Ini menandakan perubahan dalam strategi syarikat, yang sebelum ini bekerjasama dengan syarikat tempatan dalam usahasama mengendalikan pengeluaran di China.

Dengan langkah berkenaan, Toyota mahu memastikan kawalan lebih besar ke atas operasi dan proses pembuatan EV yang semakin penting dalam pasaran automotif global.

Kilang tersebut dijangka mampu menghasilkan sekitar 100,000 unit kenderaan setahun pada kapasiti pengeluaran awal. Lebih menarik lagi, projek itu dijangka menyediakan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan baru kepada penduduk tempatan yang bakal memberi impak positif kepada ekonomi Shanghai, terutama dalam bidang automotif dan teknologi.

Dalam perkembangan lain, Toyota turut mengumumkan menaikkan unjuran keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Mac 2025.

Pengeluar itu kini mengunjurkan keuntungan bersih sekitar 4.52 trilion yen (RM130.95 bilion), berbanding anggaran awal sebanyak 3.57 trilion yen (RM103.43 bilion).

Kenaikan itu didorong pemulihan pengeluaran lebih kukuh dan penyusutan nilai yen, yang memberi kelebihan kompetitif kepada syarikat dalam pasaran global.

Langkah berkenaan bukan saja mengukuhkan kedudukan Toyota dalam industri automotif China, tetapi juga menunjukkan komitmen syarikat terhadap transformasi industri automotif dunia, terutama dalam peralihan kepada EV yang lebih mampan dan mesra alam.

SUMBER: BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Kilang Lexus, Lexus, Toyota Motor Corporation (TMC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev