BAWA bertenang dan sediakan tisu siap-siap untuk lap air liur! Ya, foto yang anda lihat ini sebenarnya ialah Bajaj Pulsar NS200 dan bukannya Kawasaki Z1000.
Kami yakin pasti ramai yang terkejut dan tidak menyangka ia ialah model Bajaj Pulsar NS200. Salah seorang pemilik dari Vietnam telah mengubahsuai Bajaj Pulsar NS200 miliknya menyerupai Kawasaki Ninja Z1000.
Melihat keseluruhan tubuh badan, empunya jentera cuba menjadikan motosikalnya sama seperti Kawasaki Z1000. Bermula dari pandangan depan, ia dipadankan dengan lampu utama LED berkembar.
BACA >>> Tak Sampai Sebulan, Modenas Sudah Terima 2,000 Unit Tempahan - Pulsar RS200 & NS200 Paling Laku!
Lebih menarik, 'jantung' asal jentera ini digantikan dengan enjin bersesaran 350cc. Bagaimanapun, jumlah hamburan kuasa dan tork tidak didedahkan. Bukan itu saja, ia juga memadankan ekzos Austin Racing.
Bagi pemilik Modenas Pulsar NS200 di Malaysia, anda mungkin boleh meniru konsep seperti ini atau merancang untuk 'bikin' dan jadikan ia tampak lebih gempak.
Ingat, tiada apa yang mustahil melainkan motosikal ini mak anda yang belikan dan makan minum masih ditanggung!
Jika anda sedang merancang mahu membeli Modenas Pulsar RS200, boleh baca luahan pemilik ini.
BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!
SUMBER: MotorBeam
Leave a Reply