• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ini Senarai 10 Model Kereta Transmisi Manual Paling Laris di AS

Ini Senarai 10 Model Kereta Transmisi Manual Paling Laris di AS

February 4, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JENAMA kenderaan Jepun mendominasi pasaran Amerika Syarikat (AS) untuk ranking kereta transmisi manual paling laris sepanjang 2024.

Berdasarkan laporan portal Motor1, model Honda Civic mendahului senarai 10 model transmisi manual paling laris di negara itu sepanjang tempoh 12 bulan lalu.

Model Civic dengan transmisi manual mencatat jualan 7.2 peratus atau 17,424 unit daripada jumlah keseluruhan 242,005 kenderaan daripada model tersebut.

Pencapaian itu agak memberangsangkan kerana versi transmisi manual hanya ditawarkan untuk varian Si atau Type R dan bukan sedan atau hatchback. Berikut senarai ranking 10 model transmisi manual paling laris di AS:

  1. Honda Civic: 7.2 peratus (17,424 unit)
  2. Subaru WRX: 86.7 peratus  (16,115 unit)
  3. Volkswagen Golf GTI/R: 41 peratus/52 peratus (6,721 unit)
  4. Toyota GR86: 53 peratus (6,056 unit)
  5. Toyota Tacoma: 3 peratus (5,784unit)
  6. Mazda Miata: 70 peratus (5,762 unit)
  7. Toyota GR Corolla: 97 peratus (5,414 unit)
  8. Acura Integra: 19.8 peratus (4,831 unit)
  9. Volkswagen Jetta: 6 peratus (4,310 unit)
  10. Subaru BRZ: 77.8 peratus (2,602 unit)

Perlu ditekankan, data itu mungkin ada sedikit kekangan membabitkan statistik sebenar kerana ada pengeluar kenderaan tidak memberi data masing-masing untuk melengkapkan senarai tersebut.

Motor1 percaya Ford Mustang (foto atas kiri) dan Jeep Wrangler juga sepatutnya berada dalam senarai 10 teratas. Malah Porsche 911 juga patut dalam senarai itu.

Kekangan tersebut berlaku kerana Porsche hanya membekalkan penerimaan model manual untuk varian yang ada pilihan sistem transmisi lain dan bukan data spesifik merujuk model 911 dimaksudkan.

Volkswagen pula menjelaskan Golf GTI dan Golf R mendapat sambutan baik kerana tahun lalu ialah tahun terakhir mendapatkan versi manual untuk dua model tersebut.

SUMBER: Motor1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat, autoterkini, Honda Civic, jualan kereta manual, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev