• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Suami Bakar Vios Isteri Sebab Masalah Rumah Tangga

Video Suami Bakar Vios Isteri Sebab Masalah Rumah Tangga

February 3, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai membakar kereta isteri sendiri di persimpangan lampu isyarat Jalan Tebrau dekat Hospital Columbia di Johor, baru-baru ini.

Satu video tular di media sosial yang memaparkan insiden sebuah Toyota Vios terbakar. Buat masa ini, polis sedang menyiasat kejadian itu  membabitkan kes khianat dengan api.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, video 28 saat itu menunjukkan sebuah Vios putih milik wanita warga tempatan berusia 21 tahun disimbah petrol dan dibakar seorang lelaki warga tempatan berumur 25 tahun.

Suspek (suami mangsa) dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa selepas berlaku perselisihan faham dalam hal rumah tangga. Mangsa kemudian membuat laporan polis pada jam 1.33 pagi di Balai Polis Majidee.

Siasatan awal dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati:

  • Insiden berlaku kira-kira jam 10.20 malam.
  • Suspek tiba-tiba muncul dan menyekat kenderaan dinaiki mangsa
  • Suspek menyimbah petrol ke atas kenderaan.
  • Suspek menyalakan api dan terus melarikan diri menaiki sebuah Toyota Vellfire.
  • Kerosakan dialami mangsa membabitkan kerugian sekitar RM90,000.
  • Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi terus talian hotline Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-2182323.

SUMBER: Harian Metro 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asisten Komisioner Raub Selamat, autoterkini, Balai Polis Majidee, Hospital Columbia, Toyota Vios, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my