• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengguna Kecewa Kompaun Parkir di Kuantan Tinggi

Pengguna Kecewa Kompaun Parkir di Kuantan Tinggi

February 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGGUNA di Kuantan meluahkan rasa kecewa terhadap syarikat pengendali parkir kereta yang mengeluarkan kompaun tinggi sebanyak RM30 bagi kesalahan parkir.

Kadar ini dianggap terlalu mahal terutama bagi golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada parkir untuk urusan harian mereka. Lebih membebankan, kadar kompaun ini akan meningkat 10 kali ganda kepada RM300 selepas sebulan tidak dibayar.

Seorang tukang sapu, Siti Huda Ghani menganggap kadar kompaun itu tidak munasabah. Dengan pendapatan harian sekitar RM35, dia terpaksa menggunakan separuh daripada rezekinya hanya untuk membayar denda parkir.

Menurutnya, walaupun tindakan ini mungkin bertujuan mendisiplinkan pengguna, kadar yang dikenakan perlu lebih bersesuaian dan tidak membebankan orang ramai.

Sementara itu, seorang pesara, Zalani Atan turut mengeluh kerana kompaun tinggi memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Beliau mencadangkan supaya pihak pengendali memberikan amaran terlebih dahulu atau mengenakan kadar lebih rendah untuk kesalahan pertama.

Seorang pengawai keselamatan, Mat Daud Kahar berkata, syarikat pengendali parkir hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesulitan dihadapi pengguna. Tambahnya, banyak pengguna terpaksa bekerja keras untuk menyara hidup, tetapi terbeban dengan caj parkir dan kompaun tinggi.

Mereka berharap pihak berkenaan dapat menilai semula kadar pompaun ini supaya lebih mesra rakyat, terutama dalam keadaan ekonomi mencabar.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kompaun Parkir, parkir kereta, Syarikat Pengendali Parkir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev