• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Permintaan Kenderaan Nasional, Jepun Bawah RM100k Jadi Tumpuan Pasaran Malaysia 2025?

Kajian: Permintaan Kenderaan Nasional, Jepun Bawah RM100k Jadi Tumpuan Pasaran Malaysia 2025?

February 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERMINTAAN terhadap kenderaan berharga di bawah RM100,000 dijangka kekal menjadi tumpuan utama pasaran Malaysia pada 2025, didorongjenama nasional dan beberapa model daripada pengeluar Jepun.

Penganalisis CIMB Securities, Mohd Shanaz Noor Azam meramalkan sekitar 75 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) 2024 terdiri daripada model berkenaan, dengan jenama nasional menguasai lebih 80 peratus bahagian pasaran.

Tahun 2025 dijangka terus menunjukkan kestabilan permintaan, disokong pembeli kali pertama, kenaikan gaji penjawat awam, dan kadar faedah kondusif.

Kerajaan juga merancang mengekalkan subsidi bahan api RON95 bagi 85 peratus pengguna yang membantu mengekalkan daya beli segmen massa. Jenama nasional dijangka mengekalkan dominasi pasaran dengan 64.5 peratus bahagian pasaran.

Selain itu, pemansuhan subsidi petrol RON95 pada 2025 mungkin mempercepat penggunaan kenderaan elektrik (EV), dengan syarikat seperti Sime Darby meraih manfaat melalui portfolio EV.

Bagaimanapun, persaingan dalam segmen EV dijangka semakin sengit, terutama dari jenama China, sementara pengecualian cukai untuk model EV import dijangka tamat pada 2026 (tahun depan).

Namun, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meramalkan TIV akan menurun 4.5 peratus pada 2025 kepada 780,000 unit, disebabkan normalisasi permintaan dan pengurangan tunggakan industri.

Ketidaktentuan ekonomi global dan penangguhan kaedah pengiraan nilai pasaran terbuka (OMV) baharu hingga 2026 turut memberi kesan kepada sektor automotif.

Unjuran CIMB lebih pesimis, meramalkan penurunan TIV 7 peratus kepada 760,000 unit, terutama disebabkan pemansuhan subsidi RON95 yang mungkin mengurangkan sentimen pengguna.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkni, kajian, Kenderaan Jepun, Perodua, Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev