• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Jeep Wrangler Enjin Supra (350hp) Sedia untuk Dijual

Jeep Wrangler Enjin Supra (350hp) Sedia untuk Dijual

June 15, 2017 By Han Othman Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JARANG sekali kenderaan off-road dibikin untuk kelajuan, tetapi tidak bagi pemilik Jeep Wrangler dari Amerika Syarikat ini yang nekad menukar enjin 2JZGTE daripada Toyota Supra. Dengan anggaran kuasa 350hp, enjin pengecas turbo dipadankan bersama kotak gear manual 5-kelajuan dan injap blow-off HKS sport serta beberapa modifikasi lain.

Berikut ialah perincian mengenai modifikasi dilakukan:

  • Jeep Wrangler (1997)
  • Sistem pacuan roda belakang (RWD) tetapi boleh dikonfigurasikan kepada pacuan semua roda (AWD) dengan tambahan aci pacu (drive shaft) dan separuh aci (half shaft).
  • Enjin 2JZGTE non VVTI / ECU standard 15psi boost
  • Kotak gear Jeep manual 5-kelajuan dengan adaptor custom
  • Diferensial belakang dikimpal (tidak berbunyi di selekoh)
  • Manifold ambilan Greddy
  • Injap blow off HKS
  • Set up kompaun turbo (Borgwarner S372 & Holset HX35 )
  • Dalaman hitam
  • Ketusi 4x Rsx Type S
  • Kluster mereta DEFI dikemas kini (tolok petrol perlu dipasang)
  • Roda stereng NRG mudah tanggal
  • Tayar Yokohama AT / rim Mickey Thompson
  • Fender Rubicon
  • Gril Garang (Angry Grill)
  • Lampu utama LED
  • Bampar off-road
  • Pemegang tayar simpanan XTI
  • Cat baharu
  • Bonet custom
  • Brek dan suspensi baharu (kurang 900km)

Selain menyalin enjin, pemilik Jeep Wrangler ini turut mengubah suai bonet secara custom, memasang bampar off-road dan lampu utama LED berserta kombo tayar dan rim baharu. Ruang dalaman turut diperbaharui dengan kemasan kerusi kulit serba hitam bersama tali keledar keselamatan, roda stereng mudah tanggal, dan kluster meter dikemas kini.

Hasilnya ialah sebuah Jeep Wrangler versi JDM yang seronok dipandu. Malah, pemilik ini turut berkongsi sebuah video mengenai kenderaan miliknya itu.

Kini, Jeep Wrangler itu sedia dilepaskan pada harga AS$20,000 (RM85,161) kepada sesiapa saja yang berminat, ataupun boleh juga ditukarkan suka sama suka dengan Honda S2000, Mitsubishi Lancer Evo, Subaru WRX STI atau generasi awal BMW M3.

Satu-satunya kekurangan jentera ini adalah tiada penyaman udara. Jadi, kurang sesuai jika anda mahu bawa balik ke Malaysia atau negara beriklim tropika. Jika berminat bolehlah menjenguk laman web Craigslist. 😛

GALERI

jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-1
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-3
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-4
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-5
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-6
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-7
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-8
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-9
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-10
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-11
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-12
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-13
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-14
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-15
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-16
jeep-wrangler-toyota-supra-pandulaju-17

SUMBER: Craigslist

 

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, enjin 2JZGTE, JEEP, Jeep Wrangler, Roda4, Toyota Supra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev