• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Rangka Seni Porsche 934 Ini Dibayar Pembeli Asia Lebih RM1 Juta!

#TahukahAnda: Rangka Seni Porsche 934 Ini Dibayar Pembeli Asia Lebih RM1 Juta!

February 1, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


JANGAN main-main dengan objek seni, di sebalik makna tersirat dan tersurat, harga hasil kerja artis ternama bukan kepalang.

Contohnya, platform bidaan kereta dari Britain, Collecting Cars berjaya menjual sebuah rangka Porsche 934 skala 1:1 daripada Benedict Radcliffe pada harga £201,000 (RM1,110,300), 23 Januari lalu.

Harga jualan itu tiga kali ganda berbanding sebuah 911 Turbo (930) atau £59,500 (RM328,670) yang turut terjual dalam platform Collecting Cars pada Julai 2022.

Rangka Porsche tersebut menarik lebih 6,000 tontonan sepanjang tujuh hari tempoh bidaan dengan 218 perlawanan harga.

Apa menarik, harga lebih £200,000 dibayar seorang pengumpul dari Asia yang mana jumlah dibayar itu lebih tinggi berbanding 911 Turbo LE (930) yang berharga £180,500 (RM998,035) pada Februari 2024.

Arca seni itu dibuat dengan tangan sebagai tribut kepada jentera lumba Porsche 934, dan ditayangkan kali pertama di Milan sebelum dipamerkan di butik mewah Larusmiani serta dibawa ke merata tempat seperti Beijing dan Shanghai dengan kerjasama Porsche China.

Arca berkenaan dibuat daripada keluli lembut 32mm yang membawa sekali bentuk sayap belakang 934 yang memanjang dengan perkadaran aerodinamik perlumbaan.

Rim BBS jenis kunci tengah dipadankan tayar Avon untuk membangkitkan aura kereta sebenar, manakala keluli kereta dilapisi serbuk (powder coat) warna Fluro Orange (jingga kilat).

Arca ini diukur, dibentuk dan dikimpal tangan hasil sentuhan Benedict Radcliffe dari London. Beliau sebelum ini pernah menghasilkan arca Teksi London, Lamborghini Countach, Ferrari F40 dan Honda Gold Wing!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Benedict Radcliffe, Collecting Cars, Porsche, Porsche 934, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my