• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #RetroAuto: Mercedes-Benz Sprinter Kini Cecah Tiga Dekad, Perkenal Versi Elektrik Sejak 2019

#RetroAuto: Mercedes-Benz Sprinter Kini Cecah Tiga Dekad, Perkenal Versi Elektrik Sejak 2019

February 1, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MERCEDES-BENZ bukan semua tentang kemewahan. Sebagai contoh lori kepala kasut tanpa pintu dan 'Bas Mini Wilayah' warna merah jambu suatu ketika dulu.

Mercedes-Benz juga terlibat dalam dunia logistik yang dapat dilihat pada van Sprinter. Bukan saja untuk perniagaan, Sprinter juga digunakan sebagai pengangkutan mewah, dijadikan rumah bergerak atau van kamper.

Tahukah anda? Sprinter diperkenal pada 1995 dan kini sudah berusia 30 tahun! Sprinter memang popular dan menurut Mercedes-Benz, 75 peratus model itu di seluruh dunia diubah suai untuk pelbagai kegunaan.

Sempena meraikan ulang tahun ke-30, Mercedes-Benz perkenalkan edisi istimewa yang turut mempamerkan generasi pertama dan terbaharu, termasuk model elektrik eSprinter di Muzium Mercedes-Benz di Struttgart, Jerman.

1995: Permulaan Era Baharu Van

  • Diperkenal pada 1999.
  • Menggantikan T1/TN dan van pertama dengan nama berbanding nombor dan kod huruf.
  • Ditawarkan dalam versi casis, bed rata, tipper dengan pilihan kabin tunggal, kabin kru, van panel, bas kru dengan 5- atau 9-kerusi, bumbung rata atau tinggi.
  • Jarak roda 3,000mm-4,025mm.
  • Berat 2,590, 2,800 atau 3,500kg.
  • Ciri seperti badan sokongan sendiri, pacuan roda belakang cengkaman tinggi, casis moden dengan suspensi depan independan dan enjin berkuasa yang dianggap unik ketika itu.
  • Dilengkapi empat brek cakera, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), diferensial brek automatik, tali keledar boleh laras ketinggian dan kancing (buckle) tali keledar pada kerusi.
  • Beg udara pemandu ditawarkan sebagai opsyen sebelum dijadikan ciri standard pada 2000 dan opsyen untuk penumpang.
  • Beg udara tirai dan Kawalan Traksi ASR (Regulator Antigelincir) ditawarkan sebagai opsyen bermula pertengahan 2000.
  • Pengenalan Program Stabiliti Elektronik ESP pada 2002 menetapkan standard baharu.

2006: Naik Taraf Teknologi dan Keselamatan Generasi Kedua

  • Dilancar pada awal 2006.
  • Tambahan varian tiga jarak roda, empat ukuran panjang, tiga ketinggian bumbung dan berat antara 3 dan 5 tan
  • ESP dijadikan ciri standard pada model tertutup dengan berat kasar hingga 3.5 tan, dan dijadikan ciri standard pada semua jenis badan dengan berat kasar hingga 3.5 tan.
  • Pilihan sistem suspensi udara pada 2008.
  • Pengenalan teknologi BlueEFFICIENCY pada 2009 selain kotak gear manual 6-kelajuan baharu dan sistem mula-henti (start-stop) automatik meningkatkan dinamika serta mengurangkan penggunaan bahan api.
  • Pengenalan Bantuan Angin Lintang pada 2013 sebagai ciri keselamatan baharu untuk sebuah van.
  • Sprinter dengan berat 5.5 tan diperkenal pada 2016.

2018/2019: Konektiviti danVariasi Sprinter Generasi Ketiga

  • Dilancar pada 2018.
  • Tambahan varian pacuan roda depan (FWD).
  • Tawaran sistem multimedia MBUX (Mercedes-Benz User Experience) buat kali pertama untuk kenderaan komersial.
  • Pengenalan sistem bantuan jarak DISTRONIC Active Distance Assist (ADA).
  • Pelancaran van panel elektrik eSprinter pada 2019.

2024: eSprinter dengan pelbagai varian

Mercedes-Benz eSprinter VS30
  • Dditawarkan dalam dua gaya badan dan panjang, tiga saiz bateri dan jarak pemanduan hingga 478km (WLTP).
  • Muatan hingga 14m³ dan berat kasar hingga 4.25 tan.
  • MBUX sebagai ciri standard untuk eSprinter dan Sprinter dengan enjin biasa.
  • Bantuan Brek Aktif (ABA )dengan fungsi lintasan trafik.

Sprinter Edisi Istimewa

 

  • Sempena ulang tahun ke-30, ditawarkan bermula Februari.
  • Diasaskan dari varian Sprinter SELECT dengan pelbagai kelengkapan seperti kerusi, lampu LED prestasi tinggi dan Bantuan Lampu Tinggi Adaptif (AHBA).
  • Pakej bantuan pemanduan baharu.
  • Harga bermula €58,055 (RM267,940).
Mercedes-Benz Sprinter generasi pertama T 1N
Sprinter Erste Generation T 1N Sprinter first generation T 1N
Mercedes-Benz Sprinter generasi kedua NCV 3
Mercedes-Benz Sprinter generasi ketiga VS30
Mercedes-Benz eSprinter VS30
Mercedes-Benz eSprinter VS30
Mercedes-Benz eSprinter 2024

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Mercedes-benz, Mercedes-Benz Sprinter, minivan, Roda4, Van

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my