• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Had Laju Jalan Persekutuan Turun 10kmj Selama Enam Hari Sempena Tahun Baru Cina

Had Laju Jalan Persekutuan Turun 10kmj Selama Enam Hari Sempena Tahun Baru Cina

January 27, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

HAD laju di semua Jalan Persekutuan di seluruh negara akan diturunkan daripada 90kmj kepada 80kmj bermula esok hingga 2 Februari depan, sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada Op Bersepadu yang bertujuan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa penurunan had laju ini akan berlangsung selama enam hari.

Selain itu, kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan sementara untuk memastikan kelancaran aliran trafik. Kerja-kerja kecemasan yang perlu disegerakan akan dirancang dengan teliti demi keselamatan pengguna jalan raya.

Sekiranya perlu, laluan alternatif akan disediakan bagi mengelakkan gangguan perjalanan pengguna. Beliau juga mengarahkan syarikat PLUS untuk menghentikan sementara kerja pelebaran lorong di jajaran Sedenak-Kulai dari 23 Januari hingga 3 Februari 2025 bagi memastikan kelancaran trafik di lebuh raya.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jalan persekutuan, PLUS Berhad, Tahun Baru Cina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my