• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Parkir Tak Cukup Jadi Alasan 'Halalkan' Trend Halang Jalan

Kajian: Parkir Tak Cukup Jadi Alasan 'Halalkan' Trend Halang Jalan

January 27, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MASIH ada segelintir pemandu berdegil meletakkan kenderaan di tempat larangan, terutama di kawasan sesak walaupun sudah diberi peringatan berulang kali.

Tindakan itu bukan saja melanggar undang-undang, tetapi juga menyusahkan pengguna lain dan memberi kesan negatif terhadap keselamatan orang awam selain menyebabkan kesesakan trafik teruk.

Sikap tidak bertanggungjawab ini sering diberikan alasan 'parkir tidak cukup', tetapi tindakan tersebut tetap mengganggu, terutama apabila kenderaan diletakkan di laluan utama, lorong kecemasan, atau tempat parkir khas orang kelainan upaya (OKU).

Selain menyekat penglihatan pemandu, ia juga meningkatkan risiko kemalangan, lebih-lebih lagi apabila berlaku kes kecemasan yang memerlukan bantuan segera.

Bagi mengatasi masalah itu, pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasaan yang lebih konsisten dan menyeluruh. Penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi boleh membantu mengenal pasti kesalahan parkir dengan lebih efisien. Ini penting bagi memberi amaran kepada pemandu dan mencegah pelanggaran undang-undang secara berulang.

Selain penguatkuasaan lebih tegas, kesedaran masyarakat juga perlu dipertingkat. Kempen melalui media sosial, poster, dan pengumuman di tempat tumpuan ramai dapat mendidik pemandu supaya lebih peka terhadap peraturan parkir dan keselamatan jalan raya.

Tindakan seperti denda, kompaun, atau tunda kenderaan yang melanggar peraturan juga penting sebagai pengajaran ke atas pemandu tidak bertanggungjawab.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu menyediakan lebih banyak tempat parkir, terutama di kawasan tumpuan ramai dan pusat bandar.

Pembangunan parkir bertingkat atau aplikasi parkir mudah alih dapat membantu pemandu mencari tempat parkir dengan cepat dan mengurangkan kesesakan trafik. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan aliran trafik lebih teratur dan selamat.

Mohd Izzatul Izuan Tahir, Ketua Wartawan Sinar Harian Selangor/KL

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kajian, Kesalahan Jalan Raya, Tampat Parkir Kenderaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my