• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bateriku.com, ACO Tech Jalin Kerjasama Tawar Perkhidmatan Digital Bantuan Tepi Jalan 24 Jam

Bateriku.com, ACO Tech Jalin Kerjasama Tawar Perkhidmatan Digital Bantuan Tepi Jalan 24 Jam

January 24, 2025 By Han Othman Leave a Comment

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENYEDIA utama bantuan tepi jalan terhubung di Malaysia, Bateriku.com mengumumkan kerjasama dengan ACO Tech, iaitu peneraju mobiliti pintar dan konektiviti kenderaan untuk melancarkan ATLASAssist 24/7.

Perkhidmatan ini ialah integrasi digital pertama di Malaysia yang menghubungkan penyedia teknologi OEM automotif dan perkhidmatan bantuan tepi jalan.

Kerjasama ini membolehkan pemilik kenderaan yang dilengkapi sistem ATLAS Infotainment Head Unit (IHU) dari ACO Tech untuk mengakses perkhidmatan bantuan tepi jalan secara langsung dari dalam kereta.

Berikut antara perkhidmatan yang boleh diakses dalam tempoh 24 jam:

  • Bantuan mula lompat (jump start)
  • Tampalan tayar
  • Isian minyak
  • Kunci tertinggal dalam kereta
  • Perkhidmatan tunda

Bateriku.com dengan lebih 201 cawangan runcit seluruh Malaysia dan sudah memberi perkhidmatan kepada lebih 1.5 juta pemilik kenderaan, kini menawarkan penyelesaian bantuan tepi jalan yang lebih pantas dan mudah.

Pengguna hanya perlu klik pada unit infotainment IHU untuk disambungkan ke pusat khidmat bantuan Bateriku.com, dan perkhidmatan akan tiba dalam tempoh 30 minit atau kurang, tanpa mengira lokasi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bateriku.com, Azarol Faizi (foto atas, duduk tengah) berkata;

Kerjasama ini menandakan pencapaian penting dalam industri automotif Malaysia, dan kami komited untuk mengubah cara bantuan tepi jalan diberikan, dengan memanfaatkan teknologi canggih dan ekosistem kami."

Sementara itu, CEO ACO Tech, Li Pu pula berkata;

Integrasi ini berpotensi merevolusikan perkhidmatan bantuan tepi jalan dengan memberikan penyelesaian yang lebih lancar dan mudah diakses oleh pengguna, di mana saja mereka berada."

Bermula sekarang, ATLASAssist 24/7 akan aktif di kenderaan yang dilengkapi ATLAS IHU, dengan liputan dijangka berkembang melalui kemas kini atas talian (over-the-air, OTA).

Related

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ACO Tech, aksesori, ATLASAssist 24/7, Auto Terkini, Bateriku.com

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my